Home / Masakan / RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI PASTI LICIN

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap
2 sb minyak – untuk menumis
Garam secukupnya
Tepung jagung 2 sudu
Lada sulah
Kunyit serbuk
Garam

Bahan Cincang Halus:

1 biji bawang besar di dadu
3 ulas bawang putih di cincang
3 cm halia muda hiris

Bahan Hiasan

1 biji cili benggala di dadu ( boleh ganti dengan lada merah besar)
Nenas di dadu ( kalau tak ada boleh ganti dengan perahan limau nipis 1sb)

Bahan Dihiris Halus:

3 helai daun limau purut
Daun bawang untuk hiasan

Bahan-Bahan Sos:

3 sb cili kisar
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
2 sb sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb sos tiram
Garam
3 sb sos cili thai (tengok gambar)

Cara Memasak:

1.Lumur dengan garam kunyit, lada sulah, tepung jagung dan digoreng garing.

2.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain serta garam dan gula.

4.masukkan bahan-bahan hiasan.

5. Masukkan bahan hiris halus.

5.Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.

6.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Kredit : latifah abu bakar

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *