Home / Masakan / Resepi Kengsom Siakap

Resepi Kengsom Siakap

Resepi kengsom siakap

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap –
3 tangkai cili merah – buang biji (*)
Beberapa biji cili api (*) – letak 2 biji je. Anak2 tak berapa makan pedas
1 sk serbuk kunyit (saya tak beli kunyit hidup)
1 inci halia (*)
1 biji bawang merah besar (*)
4 ulas bawang putih (*)
1 batang serai (*)
1 inci belacan (*)
Air asam jawa secukup rasa
1 biji tomato – belah 6
1 biji limau nipis – ambil jus
Nanas masak secukupnya
Kangkung secukupnya

CARA MEMASAK
– Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk.
– Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih.
– Masukkan hirisan nanas.
– Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.
– Seterusnya masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak.
– Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
– Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

#kengsom #siakap #foodporn #foodblogger

Kredit:  nina mahdar

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *