Home / Media Maya / “Minta maaf kalau saya muat naik pasal agama dan hanya utk kongsi pengalaman sahaja”.-Zul Ariffin
“minta-maaf-kalau-saya-muat-naik-mengenai-agama-dan-cuma-hendak-kongsi-pengalaman-sahaja”.-zul-ariffin

“Minta maaf kalau saya muat naik pasal agama dan hanya utk kongsi pengalaman sahaja”.-Zul Ariffin

Meskipun sedang teruja mendekatkan diri dengan Allah SWT, akt0r popular Zul Ariffin berusaha untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi seorang yang riak dengan ilmu agama.

Pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin itu menegaskan, dia perlu belajar untuk mengawal diri daripada menjadi seorang yang menunjuk-nunjuk kerana sikap tersebut lebih teruk daripada bongkak dengan h4rta benda.

“Saya sedang seronok nak ambil tahu bany4k perkara tetapi perlu kawal diri kerana bagi saya, riak dengan ilmu agama lebih teruk daripada kaya-raya.

“Jangan rosakkan proses pembelajaran itu dengan gagal mengawal diri. Ramai orang di luar sana diuji dengan ilma, berjaga-jagalah ya,” katanya dalam satu bebenang rajutan Twitter semalam.

Tambah pelakon filem Tombiruo itu, sikap menegur dalam kalangan masyarakat hari ini juga perlulah kena dengan cara dan tempat agar dapat menjaga hati orang lain lain.

“Kadang-kadang niat nak mengingatkan atau menegur tetapi ramai yang gagal kerana caranya.

“Jadi, belajarlah perlahan-lahan supaya kita tahu menjaga perasaan dan ambil hati mereka sambil menegur,” ujarnya.

Dalam ciapan lain, pelakon berusia 35 tahun itu turut meminta maaf sekiranya perkongsiannya mengenai ilmu agama dalam platform sosial media dilihat sebagai ingin menunjuk-nunjuk.

Lebih manis, Zul yang baru-baru ini terlibat dengan aktiviti amal memberi makanan kepada orang ramai bersama penceramah popular Ebit Lew memberitahu, pengalaman tersebut menghadirkan perasaan bahagia tidak terhingga buat dirinya.

“Minta maaf kalau saya muat naik mengenai agama. Langsung tiada niat n4k menunjuk, raih pujian atau perhatian, cuma hendak kongsi pengalaman sahaja.

“Walaupun ceduk nasi, jika Allah SWT tidak izinkan, tak sampai saya ke tempat itu. Ceduk nasi pun boleh tersenyum satu hari.

“Anda semua jangan pula ingat tiba tiba sangat berubah, saya cuma mencuba sebaik mungkin nak menimba ilmy dan pengalaman. Kerisauan dan sokongan anda semua saya hargai,” katanya lagi.

Bercerita lanjut, dia yang aktif menyertai misi amal bersama Ebit Lew mengakui risau apabila perubahannya mendatangkan tempias terhadap masyarakat disebabkan pengaruh populariti yang ada pada dirinya.

“Sebenarnya, dengan kerjaya saya, risau orang-orang di sekeliling mendapat tempias kerana menjadi individu dikenali sebenarnya satu tanggungjawab, nikmat dan ujian. Ramai yang melalui pelbagai ujian kerana dikenali.

“Belajar kawal diri sebagai permulaan. Insya-Allah yang lain-lain akan Allah permudahkan. Saya pun jenuh juga ini.

“Pengalaman ini sangat hebat dengan hanya menjaga lidah, mulut dan respons. Badan boleh bergegar, macam mengigil,” kongsinya lagi.

Terdahulu, aktor kegilaan ramai wanita itu mencuri perhatian apabila dilihat kerap bertemu dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Perubahan sikap aktor bertubuh kekar itu difahamkan ada kaitan masalah kemurungan yang dihidapi impak situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Lep4s Hampir 30 T4hun, Pihak Hospital Baru Sed4r Punca Air Rup4nya Dari Tandas

Sebuah hospital universiti di Suita, Jepun baru tahu bahawa sumber air yang digunakan mereka sejak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *