Home / Berita Terkini / Ustaz Zakir Naik Mencari Calon Isteri Untuk Anaknya, “Prefer” Yang Sanggup Tinggal Di Malaysia Dan Yang Boleh Menjadi Sumber Kekuatan Dan Bimbingan Buat Anaknya
z4kir-naik-mencari-calon-isteri-untuk-anaknya,-“prefer”-yang-sanggup-tinggal-di-malaysia-dan-yang-boleh-menjadi-sumber-kekuatan-dan-bimbingan-buat-anaknya

Ustaz Zakir Naik Mencari Calon Isteri Untuk Anaknya, “Prefer” Yang Sanggup Tinggal Di Malaysia Dan Yang Boleh Menjadi Sumber Kekuatan Dan Bimbingan Buat Anaknya

Dr Zakir Naik Dalam Misi Mencari Calon Isteri Buat Anaknya, “Prefer” Yang Sanggup Tinggal Di Malaysia Dan Yang Boleh Menjadi Sumber Kekuatan Dan Bimbingan Buat Anaknya.

Penc3ramah terkenal, Dr Zakir Naik, kini sedang dalam misi mencari calon isteri buat anak lelakinya, Fariq Naik dan telah menyediakan ‘resume’ yang lengkap mengenai butiran anaknya bagi memudahkan urusan pencarian itu.

Menerusi kiriman di Facebook miliknya semalam, Dr Zakir mengatakan bahawa dia mencari seorang wanita Muslim yang berakhlak mulia dan boleh menjadi sumber kekuatan dan bimbingan buat anaknya.

“Sekiranya anda merupakan bapa atau saudara kepada wanita yang dirasakan layak untuk anak saya, dengan rendah hati saya memohon agar anda boleh memberi respon kepada saya bersama maklumat yang diperlukan,” katanya.

Menariknya, beliau juga telah memuatnaik satu infografik yang memaparkan mengenai ciri-ciri wanita yang dicari dan butiran terperinci mengenai anaknya. Salah satu ciri yang menarik perhatian adalah calon isteri kepada Fariq perlulah sanggup menjalani hidup di Malaysia kerana anaknya itu kini menetap di Putrajaya.

Fariq, 27, sememangnya terkenal kerana turut bersama-sama menjalankan kerja dakwah bersama bapanya, selain merupakan seorang hafiz Al-quran. Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen dari seluruh dunia dan ramai yang mendoakan agar urusan mencari jodoh itu dipermudahkan.

Mungkin ada wanita yang berminat, di bawah ini merupakan butiran-butiran yang telah dikongsikan oleh Dr Zakir, bolehlah ‘r!sik-r!sik’ tengok macam mana.

Sumber: Dr Zakir Naik via majalah harian

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *