Home / Info Viral / Syabas dan Tahniah! Murid 11 Tahun Cipta Makanan Haiwan, Menang Anugerah Antarabangsa.
tahniah-murid-11-tahun-cipta-makanan-haiwan,-menang-anugerah-antarabangsa.

Syabas dan Tahniah! Murid 11 Tahun Cipta Makanan Haiwan, Menang Anugerah Antarabangsa.

Tahniah. Murid 11 Tahun Cipta Makanan Haiwan, Menang Anugerah Antarabangsa. Hebat!

Di Kuantan, Pahang, seorang murid berusia 11 tahun berjaya mengharumkan nama negara selepas meraih tiga pingat emas sempena The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) di Toronto, Kanada, bulan lalu. Tahniah!

Terima kasih keluarga

tahniah-murid-11-tahun-cipta-makanan-haiwan,-menang-anugerah-antarabangsa.

Menerusi laporan Harian Metro, pelajar yang dikenali sebagai Maryam Muzamir ini berjaya mencipta inovasi makanan ha!wan daripada kulit udang dan siput sedut yang dinamakan YAM 2.0. Maryam yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist ini turut meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai tiga pingat emas yang diterima hasil daripada inovasi berkenaan.

Saya gembira kerana kejayaan ini menaikkan semangat dan terima kasih kepada keluarga yang memberikan sokongan.

Menurut bapa Maryam, Prof Madya Dr Muzamir Hasan, kejayaan anaknya itu pada awalnya sukar dijangkakan kerana turut disertai ramai peserta daripada pelbagai peringkat umur dan juga negara. Hampir 70 negara telah menghantar wakil untuk pertandingan ini ujarnya.

Yakin dengan inovasi anak

Bercerita lebih lanjut, Dr Muzamir memberitahu bahawa dia yakin dengan inovasi yang dihasilkan oleh anak sulungnya itu. Oleh hal yang demikian, beliau nekad menghantar borang penyertaan tersebut.

Alhamdulillah, Maryam berjaya bukan meraih satu emas, malah tiga emas pada penyertaan pertamanya di luar negara. Pada tahun ini dan 2020, Maryam memenangi pingat emas bagi kategori Pertandingan Reka Cipta, Kreatif dan Inovasi (CITREX). Sebenarnya idea menghasilkan makanan haiwan ini kerana sering mengunjungi restoran makanan laut di sini. Daripada kulit udang atau siput sedut itu dibuang, sebaiknya ia dikitar semula dan dijadikan bahan makanan haiwan. Oleh itu terhasil makanan haiwan yang dinamakan YAM 2.0 ini.

Sumber: Harian Metro via ohbulan.com

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *