REBUNG MASAK LEMAK CILI API PEDAS
Bahan-bahan:
300 gram rebung
250 gram udang
3 batang serai – diketuk
3 helai daun kunyit – disiat
1 keping asam keping
1 liter santan cair
1 biji santan
Garam dan gula secukupnya
Bahan yang perlu dikisar :
20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan
setengah inci kunyit hidup
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Cara-cara memasak:
1.Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap.Selepas direbus perlulah ditoskan
2.Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati
3.Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak
4.Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya.
5.Siap untuk dihidangkan
P/s:Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api Pedas lebih sedap jika dimasak dengan menggunakan santan segar.Selain itu,kuahnya perlulah sentiasa di kacau atau dilimbuk supaya kuahnya tidak berbiji-biji.
Kredit : RASA’s post