Home / Masakan / Resepi Macaroni Goreng

Resepi Macaroni Goreng

MACARONI GORENG

Bahan-bahan:

1 paket macaroni
1 cawam daging ayam cincang
1 batang lobak merah (dihiris)
1 biji tomato (dadu)
1 batang cili (dihiris)
1/2 biji lada benggala (dadu)
1 batang daun sup (dihiris)
1 batang daun bawang (dihiris)

Bahan-bahan tumis:

1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos lada hitam
1-2 sudu besar cili boh
2-3 sudu besar kicap pekat
2-3 sudu besar sos cili
1-2 sudu kecil lada hitam
1-2 cawan air
2-3 sudu besar minyak masak
sedikit garam sebagai perasa

Cara:

1. Panaskan periuk dengan air yang secukupnya dan rebuskan air hingga mendidih dan masukan macaroni, rebus hingga lembut.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau.
3. Masukan ayam cincang, goreng sebentar hingga bewarna putih dan masukan sedikit lada hitam.
4. Masuk cili boh, sos lada hitam, sos cili, kicap pekat, garam dan masukan air, renih sebentar.
5. Masukan lobak merah, lada benggala, cili dan macaroni, kacau goreng hingga hampir lembut dan masukan duan sup dan daun bawang.
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *