Tehran:Ali Landi, 15 tahun
Remaja IRAN yang telah didaftarkan sebagai WIRA di negaranya selepas sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan dua wanita yang juga jirannya iaitu seorang nenek berusia 80 tahun dan anaknya yang terperangkap dari kebakaran rumahnya dan mengakibatkan beliau melecur 90%…Ali akhirnya meninggal dunia selepas 2 minggu bertarung nyawa di ICU.
Kisah Pengorbanan beliau juga menurut Presiden IRAN akan dimasukkan dalam bahan pembelajaran di sekolah supaya memberi inspirasi kepada generasi lain.
“Kematian tragis anak muda Ali Landi, seorang remaja yang bersemangat, sangat menyedihkan dan memilukan. Warga Iran mengagumi keberanian remaja berkenaan dan menggesa kementerian pendidikan memasukkan kisah Ali dalam bahan pembelajaran di sekolah.
Hari ini, gambar Ali yang sedang tersenyum menghiasi muka depan hampir kesemua akhbar utama Iran.
Sebuah video dikongsi di media sosial menyaksikan keranda yang membawa Ali dari hospital Isfahan diberi penghormatan oleh orang awam dengan iringan pancaragam tentera sebelum dikebumikan di kampung halamannya.
Iran memberikan penghormatan atas kematian seorang remaja yang meninggal dunia kerana melecur teruk selepas menyelamatkan dua wanita jirannya yang terperangkap dalam kediaman mereka yang terbakar.
Ali Landi, 15, meninggal dunia semalam selepas dua minggu bertarung nyawa.
Media Iran melaporkan, Ali membantu kedua-dua wanita berkenaan menyelamatkan diri dan cuba mencampak silinder gas ke luar tingkap bagi menghalang api daripada terus marak.
Remaja berkenaan meninggal dunia kerana melecur 90 peratus, kata jurucakap hospital Emam Kazem di Isfahan di mana dia dipindahkan dari kampung halamannya di Izeh.
Dua jiran yang diselamatkan adalah wanita berusia 80-an dan anak perempuannya, hanya mengalami luka luaran dalam kejadian yang berlaku 9 September lalu.
Disiarkan pada: September 25, 2021 @ 7:52pm