Home / Info Viral / Hasratnya ke menara gading dengan harapan membebaskan keluarga dari kepomp0ng k3m!skinan, Kini dia gigih menoreh getah mengumpul wang persediaan ke Universiti…
hasratnya-untuk-ke-menara-gading-dengan-harapan-membebaskan-keluarga-dari-kep0mp0ng-k3m!skinan,-kini-dia-gigih-menoreh-getah-mengumpul-wang-persediaan-ke-universiti…

Hasratnya ke menara gading dengan harapan membebaskan keluarga dari kepomp0ng k3m!skinan, Kini dia gigih menoreh getah mengumpul wang persediaan ke Universiti…

Rantau Panjang: Demi mengejar cita-cita untuk melangkah ke menara gading, seorang gadis sanggup mer3dah kebun getah dan kelapa sawit sejauh 30 kilometer (km) pergi dan balik untuk menoreh bagi mencari wang persediaan ke universiti.

Dengan hanya bermotosikal yang serba d4if, Nur Amalin Syaffah Saman, 19, bersama bapa, Saman Mohd Din, 40, dan ibu, Azilina Zakaria, 35, melalui jalan berl3cak dan berbukit untuk ke lokasi menoreh getah yang mengambil masa 30 minit perjalanan dari rumahnya di Kampung Bukit Tandak, di sini.

Dia yang tidak mengh!raukan bau bus0k getah sekerap atau luk4 di tangan akibat pis4u t0reh terus gigih mencari rezeki sebagai usaha mengumpul wang agar dapat menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.

“Saya pada awalnya mahu melup4kan hasrat untuk menyambung pelajaran kerana sedar berasal daripada keluarga yang tidak berk3m4mpuan, namun sebaik dinasihati ayah saya bersemangat untuk meneruskan pengajian demi mengubah kehidupan yang lebih baik.

“Setiap hari, bermula 7 pagi sehingga 11 pagi, saya ke kebun untuk menoreh dan disambung pula di sebelah petang pada 4.30 petang sehingga 5.30 petang. Masa saya seharian lebih banyak dihabiskan di kebun untuk membantu ibu serta ayah.

“Saya perlu menyediakan yuran pendaftaran sebanyak RM2,000, walaupun jumlah berkenaan agak mustahil untuk saya cari, sekurang-kurangnya saya berusaha,” katanya yang juga bekas pelajar Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.71.

Semalam, keluarga anak gadis berkenaan dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS),Tuan Zaimah Raja Omar, yang turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan kewangan selain berjanji membantu Nur Amalin untuk ke menara gading.

Nur Amalin yang juga anak sulong daripada lima adik beradik berkata, dia sudah biasa hidup dalam kesus4han malah kediamanya tidak pernah mempunyai tenaga elektrik sendiri sebaliknya menumpang elektrik di rumah saudara.

Jelasnya, selama setahun di KMKt, dia tidak mempunyai komputer riba yang biasa menjadi kewajipan seorang pelajar dan hanya menggunakan telefon bimbit selain terpaksa menebalkan muka meminjam komputer riba rakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

“Alhamdulillah, bagaimanapun, saya tetap memperoleh keputusan cemerlang untuk dihadiahkan kepada ibu bapa dan berharap agar dapat mengekalkan kecemerlangan ini di UniSZA nanti.

“Jika tercapai hasrat saya untuk menyambung pelajaran, saya berjanji akan berusaha sebaiknya supaya mendapat keputusan cemerlang setiap semester sekali gus, memperoleh kerjaya idaman untuk membantu keluarga keluar daripada kep0mpng kem!skinan.

“Biarlah saya berbus0k dengan getah sek3rap, ‘berp3rang’ dengan nyamuk di hutan dan menghabiskan masa dengan bekerja demi mencapai cita-cita ke universiti,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *