Home / Media Maya / Biarpun Bergelar Seorang Jutawan, Namun Kehidupan Kampung Yang dipilih…
walaupun-bergelar-seorang-jutawan,-namun-kehidupan-kampung-yang-dipilih…

Biarpun Bergelar Seorang Jutawan, Namun Kehidupan Kampung Yang dipilih…

Besut: Sebut sahaja Jutawan P3ngut!p S4mp4h pasti ramai terbayang sus0k tub0h seorang lelaki berjanggut yang bergerak dengan helikopter dari rumah ke kedai kopi dan pelbagai sikap merendah diri lelaki ini.

Ramai yang teruja melihat kejayaan anak muda berusia 34 tahun dari Kampung Tok Raja, Besut itu yang bangkit daripada keluarga m!skin t3gar berubah kepada seorang jutawan hartanah yang disegani.

Terbaru tul4r videonya menaiki helikopter dan mengambil bapanya di rumah untuk bersarapan di kedai kopi di Kuala Besut sehingga mencapai 1.6 juta tontonan di Facebook.

Hakikatnya, masyarakat hanya lihat sisi m3wahnya di media sosial namun terlepas pandang akan sisi sederhana Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin yang tidak kekok menjalani kehidupan biasa selain menguruskan ternakan lembunya biarpun kini memiliki aset puluhan jutaan ringgit.

Tanpa berselindung Mohamad Azlan mengakui lebih selesa menjalani kehidupan di kampung sambil menguruskan ternakan lembu.

“Orang kenali saya dengan penampilan korporat dan menaiki helikopter di media sosial, tetapi hakikat sebenar hanya orang kampung yang berg3lum4ng dengan lump0r dan naj!s lembu.

“Berkain pelekat dan berbaju t-shirt putih ialah pakaian kegemaran saya pada setiap masa. Jika boleh ketika hadir ke mesyuarat juga ingin pakaian seperti itu.

“Kita bekerja dengan masyarakat dan perlu ikut peraturan dan kesesuaian masa dan tempat,” katanya.


TANGKAP layar video tular menunjukkan Mohamad Azlan membawa bapanya bersarapan menaiki helikopter.

Katanya, beliau tidak pernah menyangka videonya menaiki helikopter dan pulang ke rumah mengambil ayahnya, Abdullah @ Ali Ahmad, 74, untuk ke kedai kopi menjadi tul4r.

“Saya menjalankan perniagaan hartanah dan kaedah pengangkutan udara iaitu helikopter diperlukan untuk meninjau tanah daripada pandangan udara.

“Tiada niat untuk menunj0k-nunj0k cuma helikopter itu satu keperluan dalam kerjaya saya. Apabila tindakan saya pulang ke rumah dengan helikopter, ia sesuatu yang p3lik kerana situasi seperti itu jarang berlaku.

“Bagaimanapun, bagus juga tul4r kerana ia secara tidak langsung memberi motivasi kepada anak-anak muda untuk bangkit berjaya seperti saya,” katanya.

Tambahnya, dia tidak memiliki kem3wahan seperti yang disangka ramai dan lebih selesa hidup sederhana.

Menurutnya, dia bersyukur kerana kejayaannya dalam bidang hartanah dan perniagaan termasuk produk kesihatan yang dijalankan menjadi inspirasi kepada orang ramai.


MOHAMAD Azlan sedang menguruskan lembu miliknya di kandang.

Sumber : Harian Metro

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About Cucu

Check Also

Lep4s Hampir 30 T4hun, Pihak Hospital Baru Sed4r Punca Air Rup4nya Dari Tandas

Sebuah hospital universiti di Suita, Jepun baru tahu bahawa sumber air yang digunakan mereka sejak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *