Home / Masakan / Resepi Ikan Sardin Masak Lemak Pucuk Peria

Resepi Ikan Sardin Masak Lemak Pucuk Peria

Ikan sardin Masak lemak pucuk peria

BAHAN-BAHAN :
1 tin besar ikan sardin
4 santan – kalau tak cukup tambah sikit lagi
3 cm kunyit hidup
8 biji cili api
2 batang serai – dititik
1 keping asam keping – saiz kecil
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan daun peria kambas , tumbuk sampai kumat cili api dengan kunyit hidup kemudian titik serai . .

Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan serai yg dititik .

Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua pucuk daun peria dan garam serta asam keping .

Jika kuah dah cukup masam tak perlu ditambah asam keping .

Masukkan semua isi ikan sardin tin dan 1-2 sudu kuah sardin tin ni .

Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah mendidih dan pucuk peria dah masak boleh la ditutup api dapur .

Kredit : Resepi sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *