Home / Berita Terkini / [VIDEO] Salam Takziah, Tinggal Pesanan Aneh Sebelum Pergi Selamanya… Al Fatihah (dibaca)
[video]-salam-takziah,-tinggal-pesanan-an3h-sebelum-pergi-selamanya…-al-fatihah(dibaca)

[VIDEO] Salam Takziah, Tinggal Pesanan Aneh Sebelum Pergi Selamanya… Al Fatihah (dibaca)

Kuala Selangor: “Arwah anak ( Sunny Dell Ashraff Saari ) ada meninggalkan pesanan kepada rakan-rakan supaya tolong membuat k3randa, galikan kub0r dan jangan tinggalkan dia bersendirian. Malah dia meminta mendoakan kesejahteraannya,” ujar Saari Aman, 70.

Dalam kejadian petang semalam, Ashraff lem4s ketika mandi bersama lima rakannya di Sungai Balak, Batang Kali, Hulu Selangor.

Menurutnya, pesanan terakhir itu disampaikan rakan arwah anaknya yang melawat kediaman mereka malam tadi.

“Ashraff sepatutnya melapor diri bertugas sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang pengeluar sarung tangan di Bestari Jaya di sini, hari ini.

“Anak saya itu menghadiri temu duga di kilang berkenaan semalam dan pulang ke rumah pada jam 3 petang hari sama.

“Ashraff sempat menikmati bihun goreng dimasaknya sebelum meminta izin dia dan isteri, Jemela Mohd Yusoff, 64, untuk pergi mandi di Sungai Balak. Pada mulanya, isteri berat hati nak lepaskan arw4h ke tempat itu. Namun, arw4h tetap juga mahu pergi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Merpati, Assam Jawa, di sini.

Saari berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa anak bongsu daripada sembilan beradik itu selepas anak keempatnya yang menetap di Kundang, Rawang datang ke rumah.

Anak saudara mangsa, Farisha Amira Jafridin, 21, pula menyifatkan perwatakan Allahyarham seorang yang ceria selain penyeri keluarga.

“Sebak dan pilu memikirkan kejadian itu kerana arw4h rapat dengan saya sejak dari kecil walaupun umur kami beza dua tahun.

Menurutnya, jen4zah Allahyarham ketika ini berada di H0spital Kuala Kubu Bharu untuk ujian saringan C0v!dI9.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, m4yat mangs4 ditemui pada 9.55 malam kelmarin iaitu kira-kira kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.31 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi.

Sumber: Harian Metro

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *