Home / Media Maya / Orang Beriman Tergolong Mereka Yang Menyuruh Berbuat Kebaikan/Kebajikan Dan Melarang Berbuat kej4h4tan… Maka Jadilah Orang Yang Beriman Semoga Kita Termasuk Golongan Yang Beruntung Di Akhirat Kelak
orang-beriman-termasuk-mereka-yang-menyuruh-berbuat-kebaikan/kebajikan-dan-melarang-berbuat-kej4h4tan…-maka-jadilah-orang-yang-beriman-semoga-kita-termasuk-golongan-yang-beruntung-di-akhirat-kelak

Orang Beriman Tergolong Mereka Yang Menyuruh Berbuat Kebaikan/Kebajikan Dan Melarang Berbuat kej4h4tan… Maka Jadilah Orang Yang Beriman Semoga Kita Termasuk Golongan Yang Beruntung Di Akhirat Kelak

Gambar yang menunjukkan sebahagian anggota Jabatan Imigresen Malaysia Kedah membantu melakukan kerja pembersihan rumah penduduk yang terj3jas berikutan fen0mena kepala air Gunung Jerai di Kampung Permatang Keramat, Yan pada 7 September lalu.

Kejadian b3ncana seperti trag3di kep4la air di Yan, Kedah, baru-baru ini atau mus!bah akibat kr!sis pand3mik C0vIdI9 umpamanya kehilangan sumber pendapatan menunjukkan ramai dalam kalangan masyarakat terk3san dan memerlukan bantuan.

Kita beruntung rakyat negara ini aktif melakukan aktiviti kebajikan kerana semangat kesukarelawanan dan nilai kemanusiaan tinggi.

Hakikatnya, Islam memandang mulia dan menganjurkan seluruh masyarakat memupuk semangat kesukarelawanan untuk membantu golongan terk3san dan memerlukan.

Nabi SAW sendiri menggalakkan amalan kebajikan dan kesukarelawanan apabila bersabda:

“Perkara paling disukai Allah ialah orang paling bermanfaat kepada manusia lain. Tingkah laku paling disukai adalah menggembirakan orang lain, meringankan bebanannya melangsaikan hutangnya atau menyela.matkannya daripada kel4paran” (Hadis riwayat Tabarani)


Baginda juga memperincikan maksud sedekah dalam konteks kebajikan dan kesukarelawanan:

“Sedekah itu wajib atas setiap orang Islam.” Seorang sahabat bertanya: “Jika tiada apa hendak diberi?” Baginda menjawab: “Hendaklah dia bekerja dan apabila mendapat duit, sedekahkanlah sebahagiannya.”

Sahabat itu bertanya lagi: “Jika tidak boleh bekerja?” Jawab Baginda: “Tolonglah orang m!skin dalam kesus4han.” Sahabat bertanya lagi: “Kalau ini juga tidak dapat dilakukan?” Baginda menjawab: “Beri nasihat untuk berbuat baik.”

Sahabat itu bertanya lagi: “Jika itupun tidak dapat dilakukan?” Baginda bersabda: “Janganlah ia meluk4kan hati orang lain, itulah sedekahnya.” (HR Bukhari)

Hadis itu menjelaskan sedekah atau amalan kebajikan dan kesukarelawanan tidak terhad kepada memberi wang, sebaliknya membantu orang dalam kesus4han, memberi nasihat untuk kebaikan dan tidak meluk4kan hati orang lain.

Selain itu, ketiadaan wang bukanlah alasan tidak bersedekah. Malah, Nabi SAW menuntut agar berusaha mencari kerja agar sebahagian hasilnya dapat didermakan. Malah, terdapat dalam hadis lain Nabi SAW menyatakan senyum itu juga sedekah.

Islam amat menggalakkan seluruh umatnya berusaha saling menjaga kebajikan ahli masyarakat merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti dijelaskan dalam al-Quran dan hadis.

Pertama, saling memberi khidmat dalam memenuhi keperluan fizikal. Allah SWT merakamkan contoh terbaik melalui kisah orang Ansar memberi khidmat menyediakan tempat kediaman kepada Muhajirin.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya, orang beriman dan berhijr4h serta berj!had dengan harta benda serta jiwa mereka pada jalan Allah dan orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman serta pertolongan (kepada orang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu sama lain… dan jika mereka meminta pertolongan dari kamu dalam perkara (men3ntang mus0h untuk memb3la) agama, maka wajiblah kamu menolongnya.” (Al-Anfal: 72)

Kedua, saling menolong dalam memenuhi keperluan material dan kewangan termasuk bantuan kewangan dan material dalam memenuhi keperluan harian seperti makan, minum serta pakaian kepada golongan memerlukan.

Allah SWT berfirman:

“Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang m!skin serta orang mus4fir akan haknya masing-masing, pemberian yang demikian adalah baik bagi orang bertujuan memperoleh keredaan Allah dan mereka itulah orang berjaya” (Ar-Rum: 38)

Ketiga, saling membantu memenuhi keperluan spiritual. Keperluan spiritual adalah membantu ahli masyarakat untuk memiliki ilmu keagamaan dan kerohanian serta mengamalkannya. Termasuk dalam konsep kebajikan, adalah menyampaikan ilmu keagamaan serta amar makruf nahi mungk4r.

Firman Allah SWT: “Dan orang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejah4tan.” (Al-Taubah: 71)

Begitulah anjuran dan galakan Islam dalam melakukan amalan kebajikan dan kesukarelawanan untuk membantu sesama insan.

Terdapat tiga ruang terbuka luas masyarakat Islam untuk saling melakukan kebajikan dan membantu orang lain sama ada memberi bantuan kewangan atau material, khidmat bakti kepada golongan memerlukan dan bantuan spiritual dengan memberi bimbingan agama serta mengajak kepada kebaikan dan menegah kejah4tan.

Sumber: Penulis adalah Pakar Rujuk Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF), Universiti Teknologi MARA (UiTM) via Berita Harian Online

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Lep4s Hampir 30 T4hun, Pihak Hospital Baru Sed4r Punca Air Rup4nya Dari Tandas

Sebuah hospital universiti di Suita, Jepun baru tahu bahawa sumber air yang digunakan mereka sejak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *