Home / Berita Terkini / Alhamdulillah…”Dulu, saya hidup macam tiada agama” – Stacy… Semoga terus Istiqomah..
alhamdulillah…”dulu,-saya-hidup-macam-tiada-agama”-–-stacy…-semoga-terus-istiqomah.

Alhamdulillah…”Dulu, saya hidup macam tiada agama” – Stacy… Semoga terus Istiqomah..

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan selebriti, Stacy, 31, mengaku sebelum bergelar mu4laf dan berkahwin dengan suaminya, penyanyi dan komposer terkenal, Akim, dirinya umpama tid4k ber4gama.

Menurut Stacy yang juga menggunapakai Ummu Shaikhah sebagai nama Islamnya, bahkan tidak men0lak bahawa Akim adalah individu yang banyak membuka matanya mengenai keindahan Islam sekali gus berminat untuk mendalami agama.

“Dulu, sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari. Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam telah didoronginya.

“Cara dia bercerita tentang agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu rumit. Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.

“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam juga menguatkan jodoh kami. Pandai adik (Akim) ambil hati kakak (dirinya),” katanya.

Stacy berkata demikian semasa mengimbas kembali detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya semalam.

Selain itu, kongsi penyanyi lagu Pakai Buang ini lagi, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah sokongan kedua ibu bapanya yang menghadirkan diri ketika dia memeluk Islam.

“Jujur ketika itu, hati saya jadi t4kut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.

“Saya macam berp3rang dengan diri sendiri. Hingga terbit rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.

“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan buk4n buk4n itu hanya mainan em0si,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi ini mengaku dirinya masih belajar untuk menjadi manusia terbaik selain menganggap dirinya jauh daripada sifat semp.urna.

“Saya masih belum semp.urna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, ini.

Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu.

Program itu turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.

Sumber: Utusan Online

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *