Home / Info Dunia Islam / Viral Video seorang pesakit cov!D 19 MAHU MASUK ISLAM SEBELUM DITIDVRKAN, FRONTLINERS BANTU UCAP SYAHADAH,
tular-video-seorang-pesakit-cov!d-19-mahu-masuk-islam-sebelum-ditidvrkan,-frontliners-bantu-ucap-syahadah,

Viral Video seorang pesakit cov!D 19 MAHU MASUK ISLAM SEBELUM DITIDVRKAN, FRONTLINERS BANTU UCAP SYAHADAH,

Meskipun pandemik Covid-19 dianggap sebagai menagancam nywa, namun masih terdapat hikmah di sebalik kejadian bagi segelintir individu sekali gus dapat mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Terbaharu, tular sebuah video di media sosial yang dimuat naik oleh pengguna laman Facebook, Jhaysa Daud hari ini memaparkan seorang wanita dipercayai pesakit Covid-19 terbuka hati bagi memeluk Islam.

“Seorang wanita di Sandakan, Sabah minta masuk Islam sebelum ditidurkan,” dakwa Jhaysa menerusi ruangan kapsyen posting tersebut.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit 15 saat itu, wanita berkenaan dilihat sedang terbaring di atas katil hospital dengan menggunakan tiub bantuan pernafasan sebelum didatangi beberapa petugas kesihatan.

Petugas tersebut yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) turut memegang sekeping kertas tertulis dua kalimah syahadah bagi memudahkan proses pengislaman.

“Okey aunty, aunty tahu kan apa kita mahu buat. Kita dah belajar tadi kan. Kasi niat, seikhlas hati,” kata petugas berkenaan.
Selepas mengangkat jari telunjuk, wanita tersebut secara perlahan-lahan mengikuti lafaz yang disebut petugas itu sehingga selesai termasuk maksud di sebalik kalimah suci Allah SWT itu.

“Alhamdulillah aunty, dengan mengucap dua kalimah syahadah tadi, aunty sudah menjadi Muslim ya. Muslim sudah amin,” ujarnya.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dan kesahihan mengenai rakaman video tersebut yang telah mengundang pelbagai reaksi positif warganet.

Video itu menerima 5,900 perkongsian setakat ini dan 4,000 tanda suka selain ratusan komen netizen yang rata-rata meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar wanita berkenaan diberi kesembuhan.

Sumber: Facebook Jhaysa Daud , Instagram Video Dakwah via maibaca.net

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *