Home / Berita Terkini / Pembangunan Belia | Langkawi City, Dortmund jalin kerjasama

Pembangunan Belia | Langkawi City, Dortmund jalin kerjasama

Anak-anak Langkawi bakal mendapat sentuhan dari Jerman selepas pasukan Liga M3, Langkawi City FC (LCFC) menjalin kerjasama dengan gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund untuk memantapkan program pembangunan akar umbi dan pemain remaja di pulau terkenal itu.

Malah, bukan setakat pembangunan akar umbi namun agenda lain turut membabitkan siri kejohanan untuk pemain remaja selain perkongsian ilmu antara jurulatih Borussia Dortmund serta program pelancongan sukan antara kedua-dua belah pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund, Carsten Cramer mengharapkan kerjasama terbabit dapat membantu menjayakan apa yang disasarkan oleh kedua-dua belah pihak dalam misi memajukan lagi bola sepak.

LCFC menjalinkan kerjasama dengan Dortmund bermula 1 September lalu.

“Bola sepak menjadi bertambah popular di seluruh dunia termasuklah di Asia dan kami bangga untuk bekerjasama dengan LCFC.

“Pertukaran pengetahuan yang menyeluruh dan sokongan berterusan untuk pembangunan akar umbi di Langkawi dan Malaysia akan menjadi fokus utama dalam jalinan kerjasama ini,” katanya.

Sebagai rekod, kerjasama terbabit akan bermula 1 September 2021 sehingga 31 Disember 2023.

Sementara itu, penaung LCFC yang juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menzahirkan ucapan tahniah atas kerjasama terbabit.

“Borussia Dortmund adalah jenama global yang berjaya dan sudah tentu LCFC boleh belajar banyak perkara daripada kerjasama ini.

“Saya harap kerjasama ini akan memanfaatkan penduduk Langkawi khususnya golongan muda. Semoga kerjasama ini mencapai kejayaan di dalam ataupun di luar padang,” katanya.

Artikel asal Berita Harian

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *