Home / Berita Terkini / Hanya dgn sapu tangan buat tutup rambut pada masa memeluk Islam

Hanya dgn sapu tangan buat tutup rambut pada masa memeluk Islam

Berdoa kepada Allah selepas bersolat sebagai tanda sokongan rakan sebiliknya yang menderita suatu penyakit, mengetuk pintu hati Tokoh Mualaf Wilayah Persekutuan 2021, Nurmaisarah Leong, memeluk Islam.

Nurmaisarah, 54, mula tertarik dan mendalami Islam ketika duduk sebilik dengan rakan beragama Islam sewaktu melanjutkan pengajian di sebuah di ibu kota.

Ketika itu, salah seorang rakan sebilik di asrama diganggu makhluk halus, yang kemudian berubat dengan ustaz sebagai salah satu ikhtiar untuk kesembuhan itu.

“Ketika membawa rakan berubat, seorang ustaz berpesan supaya kami rakan sebilik sentiasa menjaga amalan, berdoa dan tidak meninggalkan bersolat.

“Pesanan itu sering terngiang-ngiang dalam fikiran saya, bagaimana cara untuk berdoa dan bersolat serta menjaga amalan itu.

“Dari situ saya terfikir, bagaimana nak bantu sedangkan saya tidak ada ‘amalan’ dan bukan beragama Islam.

“Bermula detik itu secara perlahan-lahan saya belajar mengenai Islam. Saya diajar mengambil wuduk oleh rakan sebilik,” katanya mengimbas memori mengenai keputusannya menukar agama daripada Buddha kepada Islam ketika berusia 39 tahun.

Pembantu Mubaligh S19 Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ini, berkata semuanya berlaku pantas dan tidak mudah seperti yang disangkakan.

Mungkin ada yang beranggapan beliau memeluk Islam kerana pengaruh rakan Islam.

“Namun, saya sentiasa berfikiran terbuka dan menganggap ia takdir yang Allah sudah tetapkan.

“Selepas yakin dan bulat keputusan, saya nekad menunggang motosikal sejauh 15 kilometer seorang diri dari Taiping menuju ke Pejabat Agama Taiping, Perak untuk melafazkan syahadah.

“Tanpa kawan menemani di sisi, ketika lafaz pun saya hanya memakai sapu tangan untuk menutup rambut.

“Semuanya berjalan lancar. Selepas memeluk Islam mengambil masa hampir sembilan bulan untuk memakai tudung. Selama sembilan bulan itu juga saya hanya mempelajari Islam bersendirian tanpa kelas yang betul,” katanya.

Nurmaisarah, berkata berkat kesabaran dan keikhlasannya memeluk Islam, beliau terus mendalami Islam dengan mengikuti kelas agama di beberapa pusat Islamiah berdaftar.

“Alhamdulillah, saya merantau di beberapa tempat seperti Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) dan Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) sebelum saya melanjutkan pengajian peringkat Diploma Kepimpinan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

“Saya bertuah walaupun perjalanan sehingga hari ini bukanlah mudah, tetapi ia dipermudahkan dengan izin Allah, ” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan ahli keluarga, Graduan Ijazah Sarjana Muda Ussuluddin di Universiti Malaya (UM) ini, berkata beliau terpaksa menyembunyikan sudah memeluk Islam daripada ahli keluarga agak lama sehingga beberapa tahun tidak balik ke kampung untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

“Tidak mudah untuk mereka menerima berita ini. Saya mengambil masa lama untuk membuat mereka menerima saya seadanya.

“Tetapi saya tidak pernah putus asa sebaliknya berdoa kesejahteraan mereka kerana air yang dicincang tidak akan putus,” kata anak ke sebelas daripada 12 adik-beradik itu.

Beliau yang berasal dari Gerik, Perak, dan menetap di Putrajaya bersyukur atas perjalanan yang indah sejak memeluk Islam, sehingga mendapat pengiktirafan sebagai tokoh mualaf sekali gus sebagai pembakar semangat untuk terus berdakwah.

Nurmaisarah atau nama sebenarnya, Leong Yoke Keen aktif dalam pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah (SALIMAH), berpendapat, pembangunan perkembangan golongan Mualaf di Malaysia bukan perkara asing.

“Saya melihat sekarang ramai mualaf yang berpendidikan tinggi dan golongan itu memberi balik dan ada menjadi guru agama di pelbagai agensi dan NGO.

“Perkembangan baik ini menunjukkan mualaf tidak hanya melafazkan syahadah semata-mata hanya untuk berkahwin tetapi keikhlasan untuk mendalami Islam seterusnya menjalankan fardu kifayah sebagai hamba-Nya,” katanya yang mengajar bahasa Mandarin dengan sebahagian yuran disalurkan pembinaan Masjid Jamek Cina Muslim Klang.

Artikel asal dan sumber dari Berita harian.

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *