Home / Berita Terkini / [Video] Kanak-kanak berborak dengan pusara ibu saudara | Ramai Sebak

[Video] Kanak-kanak berborak dengan pusara ibu saudara | Ramai Sebak

Satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak menziarahi pusara ibu saudaranya mengundang sebak orang ramai.

Menerusi video berdurasi 22 saat yang dikongsi di laman Facebook Kepala Berputar itu, kanak-kanak berkenaan dilihat duduk di sebelah pusara ibu saudaranya yang dipanggil Mak Long sambil bercerita perkembangan terkini mengenai dirinya.

“Mak Long.. Ajiq datang ni, Ajiq dah besar dah. Dah nak masuk darjah satu, Ajiq ‘handsome’ tau,” kata kanak-kanak itu.

Apa yang menyentuh hati orang ramai ialah apabila kanak-kanak terbabit bertanya kepada perakam video tersebut adakah ibu saudaranya itu akan bertemu dengannya atau mendengari apa yang dikatakan oleh kanak-kanak itu.

“Tak keluar ke? Kenapa Ajiq tak dengar?,” soal kanak-kanak itu.

Rakaman tersebut menjadi tular di media sosial dengan rata-rata pengguna sebak melihat kanak-kanak berkenaan yang jelas merindui ibu saudaranya.

“Allahuakhbar kasihannya dia. Semoga Ajiq membesar jadi anak yang baik dan Soleh. Sentiasa doakan buat arwah Mak Long ya,” kata Sal.

“Sedihnya, mesti Mak Long seorang yang sangat baik. Salam takziah kepada keluarga arwah,” kata Foo.

“Kasihan dengan adik ini, mungkin rindu sangat dengan arwah Mak Longnya. Al Fatihah buat arwah, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” kata Azmi.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 13,000 kali dan mendapat 200 tanda suka.

Artikel asal K! ONLINE

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *