Home / Masakan / Resepi Rembung Campur Udang Segar Masak Lemak

Resepi Rembung Campur Udang Segar Masak Lemak

Rebung Campur Udang Segar Masak Lemak

Bahan-bahan
250 gm Rebung segar di cincang halus dan di rebus terlebih dahulu
10 ekor udang segar
3 cawan air
2 1/2 inci kunyit hidup
2 biji bawang merah
5 biji cili padi (yang suka pedas, boleh tambah)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam (boleh tambah jika suka masin
1 sudu teh Secukup Rasa Maggi
1 kotak kecil santan kotak (200ml)
1 helai Daun kunyit

Cara memasak
1. Gambar di bawah ialah bahan-bahan yang di perlukan. Rebung di cincang halus dan di rebus terlebih dahulu dan udang segar.
2. Tumbuk lumat bawang merah, kunyit hidup dan cili padi
3. Didihkan 3 cawan air di dalam periuk.
4. Masukkan bahan yang di tumbuk lumat tadi, rebung, udang segar, santan, garam, secukup rasa ke dalam periuk tadi. Sentiasa kacau dan api jangan kuat sangat, takut pecah minyak. Akhir sekali masuk daun kunyit.
5. Yeah..sudah masak. Sedia untuk di hidang.

Kredit : Nooraisah Setoh

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *