Home / Masakan / RESEPI MASAK LEMAK DAGING SALAI DAN REBUNG

RESEPI MASAK LEMAK DAGING SALAI DAN REBUNG

Masak Lemak Daging Salai & Rebung

Bahan-bahan
Bahan A – Kisar halus
2 biji Bawang merah
2 ulas Bawang putih
1/2 biji Bawang merah (saiz kecil)
1/2 inci Halia
1/4 inci Lengkuas
1/2 inci Kunyit Hidup
10 biji Cili Api
1 biji Cili Merah
Bahan-bahan lain
Daging salai (300 gram)
Rebung (100 gram)
Santan (1/2 kotak kecil)
2 batang serai – dititik
1 helai daun kunyit – hiris halus

Cara memasak
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak untuk menumis. Tumis bahan A (bahan yg dikisar) dan masukkan serai.
2. Apabila bahan ini nampak sudah masak & garing, boleh masukkan santan & air. Santan saya pakai santan kotak dalam 1/2 kotak (kotak kecil). Air saya masukkan dalam 1 cawan ikea.
3. Masakkan kuah ini sehingga agak sebati. Pada permulaan kuah mendidih, boleh masukkan daging salai. Sebelum masukkan daging salai tu, eloklah daging tu di rendam sekejap untuk hilangkan bau asap.
4. Masak sehingga mendidih, perasakan garam & gula. Gula itu jangan letak banyak, secubit dua hanya utk memancing rasa. Kemudian boleh masukkan rebung. Dan daun kunyit. Daun kunyit juga boleh dihiris halus untuk letak sebagai hiasan.
5. Masak sekejap supaya rasa boleh sebati. Dan kemudian baru padamkan api.Tips – rebung tu eloklah di proses dulu. Cara untuk proses rebung, hiris halus (bukat) & rebus. Semasa rebus bolehlah letak sedikit garam & gula. Ulang proses rebus ni, 2 atau 3 kali untuk buang rasa gatal. Rebung baru akan ada rasa ‘crunchy’ walaupun selepas direbus berkali-kali.


Selamat mencuba.

Kredit : Anis Malik

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *