Home / Masakan / RESELI MUDAH AYAM MASAK TEMPOYAK

RESELI MUDAH AYAM MASAK TEMPOYAK

RESEPI MUDAH AYAM MASAK TEMPOYAK

Eh, resepi apa yang 30 minit tu? Nampak macam best je…jom cuba!

Bahan-bahan ( untuk 10 orang )

Ayam seekor (potong ikut suka)
Cili padi segenggam atau lebih
Halia (sebesar ibu jari)
Daun kunyit (separuh)
Serai sebatang (dititik)
Lengkuas sedikit
Kunyit hidup sedikit
Garam secukup rasa
Sedikit perasa
Sedikit Gula
Tempoyak 2 senduk(bancuh dengan sedikit air gaul kan hingga sebati atau tiada yang berketul)
Cara-cara

Bersihkan ayam.. letak ayam di dalam kuali.. Sementara itu.. cili..halia.. lengkuas tadi di kisar bersama hingga sebati.
Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali yang berisi ayam tadi,juga Serai yang dititik.. daun kunyit.secubit garam kasar. Buka api ..kecutkan ayam dan bahan kisar tadi hingga agak kering
Setelah agak kering.. masukan tempoyak yang telah dibancuh bersama air tadi kedalam ayam. Biarkan seketika.. letak garam,perasa dan sedikit gula(jika tempoyak agak masam). Biarkan sebentar.. kemudian tutup api.
Ayam masak tempoyak siap.. dan sedia dihidangkan.

Perghh… Lazat

Credit video: buatoranglapo

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *