Home / Masakan / Gulai Telur Itik Rebus Dan Rebung

Gulai Telur Itik Rebus Dan Rebung

Gulai Telur Itik Rebus & Rebung

Bhan-bahan
4 biji telur itik
1 paket rebung- direbus
3 cawan santan sederhana pekat
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit*
(bahan2 bertanda * di blend)
2 sudu besar lada kisar
4 sudu besar rempah gulai cap bunga rose*
1 sudu besar kerisik*
(bahan2 bertanda di bancuh dgn sedikit air)
7 ekor ikan tambang rebus kering-di siat kulit & belah 2
sedikit air @ pes asam jawa
garam & gula secukup rasa

Cara memasak
1. Pecahkan telur itik ke dlm piring. Kemudian, tuang perlahan2 ke dlm air yg mendidih. Rebus hingga separuh masak
2. Didihkan santan. Masukkan bahan2 yg di blend & cili kisar. Kacau seketika
3. Masuk pula bancuhan rempah gulai dgn kerisik, air/pes asam jawa & ikan tambang rebus. Kacau selalu hingga rempah masak
4. Campur rebung & kacau lagi. Perisakan dgn gula & garam
5. Akhir sekali masukkan telur rebus tadi. Kacau perlahan2 hingga masak sepenuhnya

Kredit : Nor Al Fatihah

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *