Home / National / 2 (sahabat) pemancing lemas telah ditemui

2 (sahabat) pemancing lemas telah ditemui

2 sahabat yang dilaporkan hilang ketika memancing ditemui terapung berdekatan Jeti Sungai Mados, Kampung Air Putih, di sini di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed berkata, mayat pertama iaitu mangsa dikenali sebagai Ramdan Sulaiman, 50, ditemui pada pukul 7.10 pagi kira-kira lima kilometer (km) dari jeti.

Manakala rakannya pula, Amirrudin Abdul Malik, 53, dijumpai pada pukul 8.03 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke atas dua pemancing semalam diteruskan hari ini dan kedua-dua mangsa sudah ditemui.

“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat,”katanya di sini hari ini.

Kosmo! semelam melaporkan dua pemancing dikhuatiri lemas selepas hanya bot dinaiki sahaja yang ditemui di Jeti Mados, Kampung Air Putih di sini malam kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Ramdan Sulaiman, 50, dan Amiruddin Abdul Malik, 53. Jarak bot dinaiki mangsa daripada jeti dianggarkan 400 meter dan keadaan air berkedalaman 15 meter.-

Artikel asal K! ONLINE

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

[Video] ‘Hero yang tidak didendang’ cuci longkang tersumbat tengah lebuh raya

PETALING JAYA – Sanggup mengotorkan badan dan merisikokan diri demi orang lain. Itu pengorbanan dua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *