Home / Info Viral / [VIDEO] Style pelik kambing hitam jalan dua kaki, pemilik mahu jual lebih RM1500

[VIDEO] Style pelik kambing hitam jalan dua kaki, pemilik mahu jual lebih RM1500

MENTERNAK dan memelihara  haiwan seperti ayam, lembu, kambing ataupun kerbau memang menjadi salah satu sumber pendapatan yang cukup menguntungkan.

Bertambah lumayan jika hasil ternakan itu memiliki tubuh gebu dan sihat sebelum cukup tempoh matang untuk dijual di pasaran.

Lagi-lagi lagi menjelang musim Aidilfitri mahupun Aidiladha, sudah tentunya permintaan daging menjadi-jadi sebagai juadah penting bersama keluarga.

Nmun, pernahkan anda terfikir bagaimana jika haiwan ternakan itu seperti kambing mempunyai tabiat yang lain daripada lain?

Lazimnya, kambing berjalan menggunakan empat kakinya, namun pernahkah anda melihat kambing hitam berjalan hanya menggunakan dua kakinya saja?

Lebih tepat, haiwan itu berjalan seolah-olah dirinya seperti seorang manusia.

Agak ‘menyeramkan’ apabila haiwan tersebut bersikap demikian rupa.

Apa yang SinarPlus ceritakan ini ‘betul-betul kejadian’ kerana setiap gerak-geri kambing yang pelik itu berjaya dirakam oleh seorang individu sebelum viral di media sosial.

Video berdurasi 15 saat yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Alexandre Souza itu membuatkan ramai merinding dan seram sejuk.

Tidak dapat dipastikan sama ada Souza adalah pemilik asal video tersebut yang tertera kapsyen ‘Saya mahu menjual kambing pada harga R$2000 (RM1,584.98).’

Alasan yang diberikan untuk menjual kambing tersebut dikatakan tiada sebab kukuh, hanya kerana mahu haiwan itu jauh daripadanya.

Sebab tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya.

Pun begitu, video yang dikongsikan tersebut berjaya menjawab semua persoalan kenapa pemilik mahu menjual kambing hitam tersebut dengan kadar segera.

Pelik-pelik ya? Bagaimanalah haiwan itu boleh ubah gaya berjalan sehingga membuatkan pemilik jadi takut.

Sudah menjadi lumrah, jika kita melihat sesuatu yang rare ditambah tubuh ’sasa’ kambing tersebut berjalan, memang meremang bulu roma.

Apa yang menjadi persoalan, adakah haiwan itu laku dijual? Video yang tular itu menerima lebih 3 juta tontonan.

Rata-rata pengguna Facebook yang mengikuti perkongsian tersebut berkongsi komentar dan ikon sticker emoji terkejut.

Artikel asal MSN.com dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *