Home / Berita Terkini / Tulisan status wassap | Arwah seolah-olah tahu mahu pergi

Tulisan status wassap | Arwah seolah-olah tahu mahu pergi

Beberapa tulisan status yang berbaur pilu di aplikasi WhatsApp Allahyarham Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, seolah-olah memberi petanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.

Sepupu mangsa, Siti Harkom Yakob, 20, menjelaskan, status arwah yang terakhir ditulisnya tiga hari lalu membuatkan dia berasa pelik dengan tindakan sepupunya itu.

“Dia tulis minta maaf sekiranya kalau dia buat salah dan silap mana-mana pihak.

“Tapi, waktu kami berdua berhubung tiga hari lalu, saya tidak tanya pula kenapa dia tulis macam itu,” katanya ketika ditemui di Flat Kelompok Camar, Bandar Sultan Sultan, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum kejadian, ibu saudaranya memaklumkan bahawa sepupunya masih berada di rumah pukul 11 malam, sebelum dia keluar bersama seorang lagi mangsa, Allahyarhamah Nur Afiqah Abdul Karim, 18.

“Saya amat terkilan kerana kami dah lama tak berjumpa dan cuma berhubung melalui media sosial.

“Apa yang menyedihkan apabila kami bersama beberapa sepupu lain berjanji untuk pulang ke kampung halaman di Semporna, Sabah sekiranya kerajaan benarkan rakyat Malaysia rentas negeri,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Bertam, Pulau Pinang itu.

Dalam pada itu, Siti Harkom berharap suspek kejadian mendapat hukuman setimpal daripada pihak berkuasa.

Menurutnya, ini bagi memastikan Muhammad Hafiz Syamir mendapat keadilaan serta menjadi pengajaran kepada orang awam supaya kes seperti ini tidak berlaku lagi.

Dalam kejadian yang berlaku  awal pagi tadi, Muhammad Hafiz Syamir dan Nur Afiqah terkorban dalam kemalangan jalanraya di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan, dari arah Shah Alam ke Kuala Lumpur.

Kemalangan tersebut berlaku apabila kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pikap jenis Mitsubishi Triton, yang dipandu secara melawan arus oleh seorang warga tempatan.-

Sumber UTUSAN ONLINE dan Kosmo Online

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *