Home / Berita Terkini / MA63 | PM tunjuk kesungguhan

MA63 | PM tunjuk kesungguhan

KK, 17 Sept — Jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memperhalusi perkara yang perlu diselesaikan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menunjukkan kesungguhan beliau dalam memenuhi tuntutan Sabah dan Sarawak, kata Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joniston Bangkuai.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah itu berkata isu MA63 bukan perkara baharu sebaliknya ia merupakan perjuangan utama parti tersebut sejak penubuhan PBS 36 tahun yang lepas.

“Kita amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana pengumuman itu bukan hanya mencerminkan bahawa beliau memahami keperluan Sabah dan Sarawak tetapi mengundang lebih banyak berita baik terutama yang berkaitan MA63,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2021 di sini malam tadi, Ismail Sabri berkata kerajaan melalui Majlis Khas MA63 berjanji memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memperhalusi perkara yang perlu diselesaikan melalui rundingan menerusi Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan beliau dan dianggotai Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Sarawak serta lapan Menteri Persekutuan.

Bangkuai berkata PBS turut bersetuju dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dalam ucapan pada majlis sama mengenai kepentingan memastikan isu dalam MA63 yang belum diselesaikan dapat diberi perhatian serius.

Katanya pemimpin Sabah dan Sarawak juga inginkan jaminan tindakan untuk menggubal Pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan untuk status yang sama rata dan mengkaji semula pemberian geran khas untuk Sabah serta Sarawak seperti dinyatakan oleh Perkara 112D dan Jadual 10 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata parti itu yakin dengan pengalaman dan pengetahuan Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), segala usaha melaksana apa yang termaktub dalam MA63 dapat dimuktamadkan.

Katanya Sabah juga berhak mendapat peruntukan RM3.61 bilion melalui Pelan Jaringan Digital Negara (JENDELA) seperti diumum Perdana Menteri malam tadi untuk meningkatkan lagi akses Internet terutama di kawasan pedalaman yang masih berdepan masalah akses yang teruk.

Sumber Bernama, https://newnaratif.com/ms/apa-itu-ma63/

Kredit Pelukis : Timothy James

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *