Home / Info Viral / Di Ugut Santau selepas tipu pakej percutian di Langkawi

Di Ugut Santau selepas tipu pakej percutian di Langkawi

Bukan sahaja tak mahu mengembalikan semula wang yang diambil, sindiket penipuan pakej pelancongan ke Pulau Langkawi bertindak keterlaluan apabila mengugut untuk menghantar santau kepada mangsa.

Tawaran pakej pada harga murah dan tidak munasabah, sindiket dikesan aktif di Facebook telah memperdaya ramai rakyat negara ini yang ingin me­lancong ke pulau peranginan po­pular tersebut.

Seorang mangsa dari Nilai, Negeri Sembilan, Mustaqim Arshad, 27, mendedahkan dia kerugian hampir RM400 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket di Facebook yang menggunakan nama ‘Puteri Shafiqah Iqah’.

Ceritanya, dia tertarik dengan tawaran pakej RM280 meliputi hotel, kereta sewa, bot ke pulau selain tawaran menaiki banana boat untuk empat orang selama tiga hari dua malam yang dilihatnya di Facebook pada 11 September lalu.

“Saya menghubungi sindiket berkenaan dan mereka meminta saya menambah RM50 kerana mahu hotel yang diinginkan. Saya telah membayar deposit RM150 sebelum dihubungi untuk menambah lagi wang keseluruhannya berjumlah RM240.

“Pada sebelah malam, saya dihubungi mereka yang mengatakan pihak hotel meminta bayaran penuh sebelum menyedari ditipu sindiket berkenaan.

“Semakan dengan pihak hotel mendapati bahawa agensi yang saya gunakan tidak wujud,” katanya ketika dihubungi sema­lam.

Bercerita lanjut, Mustaqim yang merupakan pekerja kilang memberitahu, dia kemudiannya meminta wangnya dipulangkan, namun sindiket tersebut menyuruh saya memasukkan mereka RM100 sebelum memulangkan duit.

“Mereka juga mengugut untuk hantar santau. Sindiket itu menghantar gambar saya dan juga gambar berbentuk sihir kepada saya. Lepas itu, saya terus block facebook tersebut dan buat laporan polis di Balai Polis Nilai pada Rabu lalu,” ujarnya.

ANITA menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung gambarnya digunakan sindiket menipu pakej pelancongan ke Langkawi semalam.

“Saya terkejut bila dapat tahu gambar saya digunakan pihak ketiga untuk menipu. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seri Iskandar, Perak.

“Selain itu, saya juga berharap pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat mengambil tindakan mengenai kes ini,” katanya.

Sementara itu, Anita berkata, sindiket penipuan tersebut masih bergiat aktif walaupun sudah ada laporan mengenai kegiatan tersebut di media.

“Anak saudara saya ada meng­hubungi mereka kira-kira pukul 1 tengah hari (semalam) dan ditawarkan pakej pelancongan ke Langkawi selain memintanya untuk memasukkan duit ke akaun.

“Melalui perbualan WhatsApp tersebut, scammer ini ada memberikan gambar yang kononnya gambar mereka. Tapi kami pun tidak pasti sama ada ia gambar yang sebenar atau juga gambar curi,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan terdapat sindiket penipuan pakej pelancongan yang bergerak aktif di sosial media dengan menawarkan pakej-pakej pada harga murah dan tidak munasabah.

Artikel asal Kosmo

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *