Home / Berita Terkini / Tamak atau terdesak ? Lebih RM109 juta hangus dalam tempoh 20 bulan

Tamak atau terdesak ? Lebih RM109 juta hangus dalam tempoh 20 bulan

Shah Alam, Selangor. Dek kerana Sikap tamak mahu mendapatkan pulangan berlipat ganda dalam masa singkat terutama di musim pandemik Covid-19 ini menyebabkan ada dalam kalangan masyarakat terjebak dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

Lebih ma.lang lagi, mangsa sanggup ‘meleburkan’ wang simpanan dan pampasan akibat kehilangan pekerjaan selepas terperdaya dengan sindiket yang menjanjikan pulangan 100 peratus dalam masa 24 jam.

Perkara itu di.dedahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ko­mersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew yang mem.be­ritahu, pihaknya merekodkan kerugian berjumlah RM109.5 juta sejak 2020 sehingga bulan lalu.

Menurut beliau, lebih mem.bimbangkan bilangan kes yang diterima meningkat 175 peratus apabila 353 kes direkodkan pada Januari hingga Ogos lalu berbanding 128 kes dalam tempoh sama pada tahun 2020.

“Trend ini dipen.garuhi oleh sikap orang ramai yang mahu mendapatkan pendapatan sampingan dengan cara mudah berikutan pergerakan terhad selain terpedaya dengan janji manis sindiket kerana tidak mempunyai ilmu berkaitan pelaburan.

“Mangsa mudah ter.perdaya dengan tawaran pelaburan yang mampu menjana 100 peratus pulangan dalam masa 24 jam sedangkan perkara tersebut adalah mustahil,” katanya kepada Kos­mo! Ahad di sini baru-baru ini.

Di musim Pe.rintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya menerima sebanyak lapan kes yang direkodkan sejak 18 Mac hingga 12 Mei tahun lalu melibatkan kerugian berjumlah RM530,008.

Jelas beliau, se.masa PKP 2.0 pula, bilangan kes meningkat kepada 14 kes melibatkan kerugian RM403,994.50 dan 76 kes de­ngan kerugian berjumlah RM29.5 juta direkodkan semasa PKP 3.0 bermula dari 12 Mei hingga 31 Julai lalu.

“Modus operandi sin.diket adalah dengan mewujudkan akaun maya bagi menyakinkan mangsa dan mereka akan dipujuk untuk melabur selepas ditunjukkan dengan pulangan angka-angka besar.

“Ada sindiket yang berjaya me.mujuk mangsa dengan hanya menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp,” jelasnya.

Tambah Muhammad Yazid, orang ramai yang bercadang untuk me­labur perlu mempunyai akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) de­ngan remiser atau broker, sebaliknya ia tidak diperlukan bagi sindiket penipuan.

“CDS ini berfungsi untuk me.nyimpan dan mengemas kini saham setelah seseorang itu membuat urusan belian dan jualan.

“Akaun CDS boleh dibuka di mana2 bank pelaburan dan syarikat broker berdaftar dengan Bursa Malaysia,” katanya.

Ujar beliau lagi, impian mang­sa untuk men.geluarkan hasil pelaburan juga tidak tercapai, sebaliknya mereka akan terus diperdaya apabila diminta membuat pelbagai bayaran termasuk kos guaman sebelum gagal dihubungi,” katanya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan su.paya tidak membuat keputusan tergesa-gesa tanpa melakukan semakan apabila ditawarkan pulangan yang tidak masuk akal yang jelas ber.motifkan penipuan.

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *