Home / Berita Terkini / Allah S.W.T Kirim Dua Malaikat Kepada Orang Yang Sedang Sakit
allah-sw.t-mengirim-dua-malaikat-kepada-orang-yang-sedang-saakit

Allah S.W.T Kirim Dua Malaikat Kepada Orang Yang Sedang Sakit

Allah S.W.T Mengirim Dua Malaikat Kepada Orang Yang Sedang Saakit

Nikmat yang paling banyak diguna oleh manusia adalah nikmat kesihatan tubuh badan dan nikmat masa. Setiap hari kita akan menjalani kehidupan dengan menggunakan tubuh badan berserta kudrat yang dipinjamkan oleh Allah SWT.

Sehingga ada masanya badan ditimpa saakit dan memerlukan rehat. Ada pula yang diuji dengan kesakitan yang berat dan memerlukan rawatan yang panjang.

Namun Allah tidak menjadikan hal tersebut sia-sia. Dalam sebuah hadis hasan, Rasulullah SAW memberitahu bahawa Allah akan mengirimkan dua malaikat kepada orang yang sakit bagi melihat apa yang diucapkan oleh mereka ketika ada orang menziarahi.

عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ بَعَثَ اللَّهُ تَعَالَى إِلَيْهِ مَلَكَيْنِ فَقَالَ انْظُرَا مَاذَا يَقُولُ لِعُوَّادِهِ فَإِنْ هُوَ إِذَا جَاءُوهُ حَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ رَفَعَا ذَلِكَ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ أَعْلَمُ فَيَقُولُ لِعَبْدِي عَلَيَّ إِنْ تَوَفَّيْتُهُ أَنْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَإِنْ أَنَا شَفَيْتُهُ أَنْ أُبْدِلَ لَهُ لَحْمًا خَيْرًا مِنْ لَحْمِهِ وَدَمًا خَيْرًا مِنْ دَمِهِ وَأَنْ أُكَفِّرَ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ

Daripada ‘Atha bin Yasar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang hamba sakit, Allah Taala mengirim kepadanya dua Malaikat seraya berfirman; Lihatlah apa yang ia katakan terhadap para penziarahnya, jika ia bertahmid dan memuji Allah, maka malaikat keduanya akan mengangkatnya ke hadapan Allah ‘azza wajalla dan Allah Maha Tahu, lalu Allah berfirman;

Aku berjanji kepada hamba Ku, jika Aku mematikannya, maka Aku akan memasukkan ia ke syurga. Jika Aku menyembuhkannya, nescaya Aku akan mengganti untuknya daging yang lebih baik dari dagingnya, dan daraah yang lebih baik dari daraahnya. Dan Aku akan ampuni kebuurukan-kebuurukan dirinya.” (HR Malik, no.1475 – Status Hadis Hasan)

Daripada hadis di atas, ada beberapa kelebihan yang akan diberikan kepada orang yang saakit yang bersabar di atas ujian yang menimpanya.

Pertama, malaikat akan membawa amalan baiknya kepada Allah.

Kedua, jika dia sembuh, maka Allah akan menjadikan badannya, daraahnya dalam keadaan lebih baik dan sihat.

Ketiga, Allah mengampuni dosa dan kebuurukan yang telah dilakukan.

Keempat, jika dia meninggal dunia kerana saakit tersebut, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga

Oleh itu, elakkan daripada mengeluh dan merintih ketika diuji kesakitan. Jika kita terlepas juga melakukan hal ini, maka beristighfarlah semula. Allah tahu kita adalah manusia biasa yang akan lemah dan lupa apabila diuji.

Perbanyakkan menyebut zikir yang mustajab seperti ‘La haula wala quwwata illa billah’.

Ia bermaksud ‘Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah’.

Semoga dengan ujian kesakitan ini akan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Sumber: tzkrh.com

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *