Home / Berita Terkini / Susah betul nak bernikah kahwin

Susah betul nak bernikah kahwin

Pj. Ramai betul pasangan kekasih yang sudah tidak sabar2  lagi untuk berkahwin mengeluh apabila mereka sukar menempah slot janji temu bagi mendapatkan permohonan dan kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri Selangor.

Kesukaran itu menyebabkan bakal pengantin terbabit ti.dak dapat memilih tarikh akad nikah yang mereka inginkan sekali gus terpaksa menangguhkan pernikahan mereka berulang kali.

Keadaan tersebut didakwa berlaku kerana bil.angan slot janji temu berkenaan adalah terhad pada setiap hari.

Malah, kewujudan ramai pasangan yang mahu men.dirikan ru.mah tangga juga menyebabkan persaingan untuk mendapatkan slot berkenaan terlalu sengit.

Menurut Fakhrul Radzi Hasan, 28, dia dan pa.sangannya telah mengisi borang pernikahan sejak bulan lalu, namun gagal mendapatkan janji temu itu di PAID Petaling kerana slot yang disediakan bagi September dan Oktober telah penuh.

“Bukannya saya tidak berusaha untuk da.patkan slot, tetapi seperti biasalah, terpaksa berebut dengan ribuan lagi pasangan lain. Hanya yang bertuah akan mendapat tempat.

Selangor telah membenarkan pelaksanaan majlis a.kad nikah diadakan di Jabatan Agama Islam Selangor, PAID dan masjid-masjid bermula Rabu lalu. – GAMBAR HIASAN dari kosmo Online

“Sekarang saya ma.sih berusaha membuka laman web PAID setiap hari untuk melihat sekiranya ada pasangan yang membatalkan slot mereka di saat2 akhir.

“Saya berhasrat untuk ber.nikah pada November ini, tetapi tak pasti sama ada hasrat itu akan dapat ditunaikan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Seme.ntara itu, Nurul Najihah Muhd. Ali, 25, berkata, dia perlu menunggu pasangannya men.dapatkan slot janji temu di PAID terlebih dahulu sebelum borang pernikahan sebelah lelaki yang telah disahkan pihak berkuasa agama diserahkan kepadanya.

Ba.gaimanapun, katanya, masalah sama akan wujud ke­rana dia juga perlu berebut slot janji temu untuk menghantar borang lengkap pernikahan bersama borang pasangannya itu.

“Buat ma.sa ini, saya kena tunggu dia terlebih dahulu. Saya tak tahulah bila pasangan saya boleh dapat slot tersebut. Saya sendiri pun nanti entah berapa lama nak dapat slot untuk menyerahkan borang lengkap kami kepada pejabat agama,” katanya.

Bagi Mu.hammad Shamil Zulkefli, 31, pula berkata, dia juga ma.sih belum menyerahkan borang nikah kepada PAID di kawasannya dan masalah itu tidak diketahui oleh keluarganya lagi.

“Saya tak mahu buat mereka susah hati kerana sebelum ini per.nah tangguh perkahwinan. Sekarang pun masih berharap ada yang memba.talkan slot mereka bagi September dan Oktober,” katanya.-Sumber K! ONLINE

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *