Home / Info Viral / Pelajar tidak vaksin tidak boleh belajar bersemuka, KKM

Pelajar tidak vaksin tidak boleh belajar bersemuka, KKM

Pelajar sekolah yang tidak mendapat kebenaran ibu bapa untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, mungkin tidak dapat menjalani sesi persekolahan 2022 secara bersemuka.

Itu antara per.kara yang sedang diteliti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bagi menilai langkah yang sesuai untuk pelajar sekolah yang enggan atau tidak mendapat kebenaran ibu bapa untuk menerima vaksin berkenaan.

Timbalan Menteri KKM, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, ber.kata buat masa ini, pihak sekolah akan berusaha memujuk ibu bapa dan pelajar jika ada antara mereka enggan divaksin.

“Ini sa.ma seperti isu mem.babitkan 2,500 guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 dan tidak dibenarkan melaksanakan pengajaran secara bersemuka.

“Bagai.manapun, per.kara ini masih di peringkat perbincangan. Kita akan mencari penyelesaian terbaik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dalam keadaan selamat,” katanya kepada BH.

smlm, Dr Noor Azmi di.laporkan ber.kata, program vaksinasi terhadap kumpulan remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun di negara ini, khu.susnya pelajar sekolah, akan bermula Isnin ini.

Pengerusi Pasukan Ber.tindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) itu berkata, proses vaksinasi akan dilaksanakan di premis masing-masing bagi sekolah yang mempunyai lebih 1,000 pelajar.

Sekolah yang mem.punyai kurang 1,000 pelajar, khususnya sekolah luar bandar pula akan di.satukan dan menerima vaksin bersama empat atau lima sekolah lain, dalam usaha memastikan 80 pe.ratus kadar vak.sinasi remaja dapat diselesaikan sebelum sesi per.sekolahan 2022.

Di.tanya me.ngenai sasaran vaksinasi ha.rian remaja bagi mem.bolehkan semua pelajar se.lesai divaksin men.jelang pembukaan sekolah pada Mac tahun depan, Dr Noor Azmi berkata, belum ada sebarang sasaran ditetapkan buat masa ini.

“Buat masa ini belum ada sasaran jumlah vak.sinasi sehari kerana kapasiti ber.gantung pada jenis sekolah serta kumpulan pelajar yang menerima suntikan,” katanya.

Han.ya vaksin Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sementara Sinovac sedang menunggu kelulusan.

Ketika ini, prog.ram imunisasi COVID-19 kepada golongan remaja sudah bermula di Sarawak sejak 8 September lalu, didahului remaja berusia 16 tahun dan 17 tahun serta 12 tahun hingga 15 tahun yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, dilaporkan berkata sesi per.sekolahan 2022 hanya akan bermula pada Mac, berikutan sesi tahun ini dilanjutkan sehingga Februari tahun depan.

Awal bulan ini, Radzi dilaporkan berkata, 2,500 guru yang enggan men.erima vaksin COVID-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober nanti.

Radzi berkata, guru yang enggan divaksin tanpa alasan kesihatan akan ditempatkan di kawasan khas di sekolah apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka.

Kementerian Pendidikan (KPM) juga sedang meneliti jenis tindakan susulan akan dikenakan ke atas kumpulan guru terbabit, menerusi konteks peraturan dan tatacara perkhidmatan awam.

Sumber Berita Harian dan media Sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *