Home / Isu Semasa / Penurunan harga emas mendadak, dipengaruhi sentimen ekonomi AS
harga-emas-merudum-dipengaruhi-sentimen-ekonomi-as

Penurunan harga emas mendadak, dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Pj – Harga emas hari ini merekodkan penurunan sebanyak RM4.23 kepada RM236.83 per gram berbanding RM241.06 per gram semalam.

Berpandukan laman Facebook Harga Emas Malaysia, trend penurunan itu direkodkan sejak semalam iaitu RM1.51 berbanding RM242.57 kelmarin.

Seorang pakar pelaburan emas yang juga penulis buku, Syukor Hashim berkata, kejatuhan harga emas yang agak mendadak kali ini didorong laporan data Jualan Runcit Amerika Syarikat yang dikeluarkan pukul 8.30 malam tadi.

“Laporan itu menunjukkan peningkatan jualan runcit di Amerika Syarikat sebanyak 0.7 peratus untuk bulan Ogos 2021,” katanya hari ini.

Menurutnya, laporan itu berbeza dengan jangkaan yang menyatakan jualan runcit negara itu akan merosot sebanyak 0.8 peratus.

Beliau berkata, data terbaharu itu memberi bayangan bahawa ekonomi Amerika Syarikat adalah kuat biarpun dalam peningkatan kes Covid-19.

“Apabila data ekonomi menunjukkan kekuatan atau peningkatan seperti ini maka harga emas akan jatuh.

“Ini kerana emas dilihat sebagai aset selamat dalam situasi ketidaktentuan dan emas hilang daya tarikan ketika ekonomi dilihat sedang pulih,” jelasnya. – Sumber

K! ONLINE

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *