Home / Info Dunia Islam / [Video] Keunikan Surau Dibina Dari Pokok Terbuang Dan Chengal Berusia Lebih 300 Tahun Di Kampung Rhu Tapai, Terengganu
keunikan-surau-dibina-dari-pokok-terbuang-dan-chengal-berusia-lebih-300-tahun-di-kampung-rhu-tapai,-terengganu

[Video] Keunikan Surau Dibina Dari Pokok Terbuang Dan Chengal Berusia Lebih 300 Tahun Di Kampung Rhu Tapai, Terengganu

Cantik dan unik, itulah yang dapat digambarkan melihat senibina surau Langar Rindu. Surau terletak di Kampung Rhu Tapai, Terengganu ini boleh dikunjungi para pelawat tanpa mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, struktur surau ini tampil unik kerana menggunakan kayu pokok tembusu terbuang serta kayu cengal berusia lebih 300 tahun. Abdul Karim Embong, pemilik rumah ibadah itu telah membinanya dengan keringat tulang empat ke.ratnya dan ilham rekaan surau tercet0s secara sp0ntan tanpa pelan lakaran.

bahan dari pokok berusia 300 tahun

Dapat dilihat struktur binaannya menggunakan kayu membawa vibes klasik kepada pengunjung. Walaupun surau ini masih belum siap sepenuhnya disebabkan kekurangan dana, tetapi sudah ramai yang mengunjunginya ketika bermusafir.

struktur binaan daripada kayu

Tulisan jawi di surau ini turut diukir dan ditulis sendiri oleh Abdul Karim Embong tanpa menggunakan sebarang lakaran. Sungguh kreatif.

tulisan jawi diukir sendiri

Tahukah anda bahawa nama surau ini lain dari kebiasaan kerana menggunakan perkataan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu dagang dalam kalangan etnik Bawean.

menggunakan perkataan yang terkenal

Abdul Karim memilih menamakan surau ini sebagai langar yang bermaksud surau dan rindu sebagai simbolik kerinduan beribadah kepada Allah SWT seperti yang diajar Nabi Muhammad SAW.

Adakah anda pernah singgah ke Langar Rindu ini? Buat anda yang belum berkunjung ke sini, mungkin selepas penu.laran wa.bak C0VID-19 boleh singgah sebentar beribadah di sini.

Memang tak pernah terfikir ada seni tangan kreatif yang terbaik seperti ini. Tak boleh nak bayang macam mana kecekalan dan kesabaran hati pakcik ini untuk menyiapkan hasil tangan sebegini indah. Apa-apapun semoga berkesempatan untuk melawat satu hari nanti.

Sumber: Majalah Harian dan Video Youtube Channel Za

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *