Home / Info Dunia Islam / [VIDEO] Sungai Kim Kim , Udara beracun landa Johor lagi
[VIDEO] Sungai Kim Kim , Udara beracun landa Johor lagi
Jarak yang tidak jauh di antara Sungai Kim Kim dan Kampung Baru Sri Aman kira-kira 40 kilo­meter.
Seorang penduduk, Hafiz Badrul Hisham, 37, mendakwa, kejadian itu mula dikesan kira-kira pukul 8.30 malam selepas bau yang menyesakkan nafas menyelubungi persekitaran kampung.
Menurutnya, bau yang kuat seakan-akan bau petrol itu menyebabkan mereka yang terhidunya akan berasa mual, loya dan sukar bernafas
“Ketika kejadian saya berada di luar rumah, secara tiba-tiba saya terhidu satu bau yang amat tidak menyenangkan.
“Jadi, saya tergerak hati untuk mencari puncanya sama ada datang dari stesen minyak berhampiran. Semakin lama, bau itu makin kuat. Ketika itu, saya lihat ramai jiran sudah keluar rumah kerana mungkin mereka juga terganggu dengan bau tersebut.
“Saya ternampak seorang wanita sudah batuk-batuk sebelum dia tiba-tiba pengsan. Saya telah membawanya masuk dalam rumah sementara me­nunggu anggota bomba tiba,” katanya ketika ditemui semalam.
<blockquote class="tiktok-embed" cite="https://www.tiktok.com/@kosmoonline/video/7008059831252782362" data-video-id="7008059831252782362" style="max-width: 605px;min-width: 325px;" > <section> <a target="_blank" title="@kosmoonline" href="https://www.tiktok.com/@kosmoonline" rel="noopener">@kosmoonline</a>Empat suspek ditahan buang sisa toksik dalam tali air di Kampung Baru Sri Aman, Kempas, Johor Bahru hari ini. Satu dipindahkan selepas terhidu bahan kimia itu. <a title="kempas" target="_blank" href="https://www.tiktok.com/tag/kempas" rel="noopener">##kempas</a> <a title="bahankimia" target="_blank" href="https://www.tiktok.com/tag/bahankimia" rel="noopener">##bahankimia</a>
<a target="_blank" title="♬ original sound – Kosmo!" href="https://www.tiktok.com/music/original-sound-Kosmo-7008059840241093402" rel="noopener">♬ original sound – Kosmo!</a> </section></blockquote>
A. Khalid Muslim, 70, pula memberitahu, bau busuk yang dapat dihidu sehingga awal pagi semalam menyebabkan ramai yang sesak nafas.
Katanya, beberapa penduduk termasuk dirinya sendiri dapat menghidu bau hangit yang kuat seperti tayar dibakar.
“Kami kemudian cuba mencari punca sebenar bau busuk tersebut sebelum ternampak kepulan asap keluar dari tali air berdekatan kampung.
“Kami pergi ke tali air itu dan ketika menyuluh lampu ke dalam air, kami nampak ikan serta labi-labi sudah mati dan terapung. Kami juga semakin sukar untuk bernafas semasa berada di kawasan itu,” ujarnya.
Sumber Kosmo Online
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share
Advertisement
About Cucu
Check Also
Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu
[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *