Home / Info Dunia Islam / Kisah Bekas Pelajar Pondok Di Malaysia, Berjaya Kembangkan Islam Dan Membina Masjid Sendiri Di Jepun,Kisah Pemerglanya Mendapat Perhatian Ramai… Subhanallah

Kisah Bekas Pelajar Pondok Di Malaysia, Berjaya Kembangkan Islam Dan Membina Masjid Sendiri Di Jepun,Kisah Pemerglanya Mendapat Perhatian Ramai… Subhanallah

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Pemerglan seorang tokoh muslim warga Jepun yang telah memberi banyak sumbangan terhadap penyebaran dan pembangunan islam di negara Jepun.

Diberi nama Sulaiman akira Hamanaka, beliau amat dikenali dikalangan penduduk muslim di Jepun dan juga rakyat malaysia disana. Beliau juga amat menyukai negara Malaysia bahkan fasih berbicara dalam bahasa Melayu. Pemergi4n beliau merupakan satu kehil4ngan yang besar bagi penduduk muslim disana.

Selain itu, beliau juga merupakan satu-satunya warga Jepun yang berjaya mendirikan masjid beliau sendiri yang dikenali sebagai masjid Niihama.

Mendapat hidayah ketika berusia 19 tahun untuk menganvt islam, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk belajar di sekolah pondok yang terletak di Kuala Selangor.

Seterusnya, beliau menyambung lagi pengajian sehingga ke Mesir, menjadikan dirinya sebagai salah seorang pendkwah paling awal membantu mengembangkan Islam di Jepun.

Malah kebanyakkan saudara baru di Jepun, mendapat bantuan dan bimbangan daripadanya untuk memelvk Islam, membuatkan mereka begitu terkesan dengan pemergiannya.

Selain dari berdakwah, beliau juga mempunyai minat dalam sukan badminton dimana dia turut membantu dalam hubungan antara Malaysia dan Jepun dalam sukan tersebut. Mari kita sama-sama berdoa dan semoga arwaah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Kisah Beliau Melaui ZonKuliah

Pada (5hb Mei 2019) kita terima satu berita yang sangat menyedihkan.

USTAZ SULAIMAN HAMANAKA, seorang ulama sangat dihormati di Jepun dan dunia Islam telah kembali kerahmatullah hari ini pada usia 66 tahun.

Beliau yang memeluk Islam sekitar 45 tahun lalu, telah mendalami Islam di 3 buah negara selama hampir 10 tahun, iaitu Malaysia, Mesir dan Libya. Setelah tamat pengajian Islam beliau pulang dan menjalankan dakwah serta menjadi antara pengasas persatuan muslim di Jepun. Beliau juga merupakan pegasas kepada web informasi Islam pertama Jepun iaitu islamjp.com dan イスラムのホームページ Islamic Website Japan FB

Jasa beliau dalam gerakan dakwah di Jepun tidak dapat dinafikan, malah beliau dianggap sebagai tokoh utama yang menjadi rujukan muslim Jepun yang lain. Disebabkan beliau pernah belajar di Malaysia selama beberapa tahun sekitar 80an, beliau boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan sangat fasih, malah semasa kami tinggal dengan beliau setiap kali berkunjung ke Ehime, beliau akan berkomunikasi dengan kami dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Seorang yang sangat ramah, baik hati dan “all out” untuk Islam. Saya masih ingat bagaimana beliau sanggup luangkan masa dari jam 10 malam hingga 2 pagi untuk terangkan plan dan situasi dakwah di Jepun kepada saya, sedangkan beliau perlu bekerja seawal jam 6 pagi setiap hari. Selain beliau seorang ulama dan penting dalam komuniti muslim, beliau juga merupakan seorang usahawan berjaya dan tokoh yang dihormati dalam dunia badminton.

MAKSUD SEBENAR “Saya Tiada Masa”

Seolah-olah beliau telah tahu beliau akan pergi, pada Januari lalu beliau bersungguh-sungguh beritahu saya, “Kalau betul kamu nak tolong Islam disini, cari dan jumpa Ustaz Maeno.. umat Islam disini perlukan ketua, untuk dirujuk jika ada apa-apa masalah, perlu dari kalangan orang Jepun sendiri, dan bekerjaya macam saya… Saya sudah tua, sibuk dan terlalu letih untuk laksanakan tugas ini..”

Sebab tu setiap kali Ustaz Ashan tanya dan cadangkan apa2, beliau akan jawab “Saya tak ada masa…”
Sampai Ustaz Ashan tanya dengan penuh hairan kepada saya, kenapa dia “sibuk sangat” sampai amanah penting ni pun tak diberikan keutamaan.

Saya dapat rasa Ustaz Hamanaka dah terlalu letih, sebab tu, sebaik saya balik dari Jepun, perkara pertama yang saya buat ialah berjumpa dengan beberapa pihak termasuk I-Mas Sakura untuk realisasikan niat Ustaz Hamanaka, memperkenalkan Ustaz Maeno dan bina jaringan dengan ngo di Malaysia.

Selepas peristiwa bersejarah Jumaat lalu (3hb Mei 2019 – dimana untuk pertama kalinya khutbah dalam Bahasa Jepun disampaikan oleh seorang ulama muda Jepun dihadapan ribuan Jemaah di Malaysia) kami tak berhenti memuji Ustaz Hamanaka kerana saranan beliau sangat berkesan. Apa yang dicapai baru2 ini adalah hasil nasihat dan buah fikiran beliau.

Hari ni kehilangan Ustaz Hamanaka seolah-olah “pas baton” untuk penganti yang beliau sendiri pilih.

Semoga Allah rahmati dan ampunkan Ustaz Hamanaka, dan beri beliau sebaik-baik ganjaran pahala dan kedudukan disisiNya.
Amin.

Doakan Ustaz Sulaiman Hamanaka
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Sumber:soyalemon / apacerita.press via santaikaw & Diariviral, zonkuliah

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *