Hujan lebat sejak enam jam lalu mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Kampung Madsiang petang ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Balai Bomba Penampang, Misran Bisara ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
“Kita sudah mengarahkan pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi kejadian. Bagaimanapun, saya dimaklumkan setakat ini anggota bomba dan pasukan K9 kini masih terkandas dan belum sampai ke lokasi berikutan terdapat beberapa masalah laluan tidak boleh dilalui,” katanya.
Terdahulu, terdapat dua video tular memaparkan kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan sebuah rumah hampir ranap dipercayai berlaku di Kampung Madsiang, Penampang.
Kejadian terbabit turut menyebabkan beberapa kenderaan penduduk rosak teruk.
Dalam video berdurasi 29 dan 48 saat turut memaparkan situasi beberapa individu termasuk dua kanak-kanak diselamatkan orang awam dalam kejadian berkenaan.-
Sumber dari Kosmo
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share