Tular sebuah video dipercayai di kawasan Air Terjun Sungai Pisang di Batu Caves, Gombak yang ses4k dengan kehadiran orang ramai yang did4kwa tidak mendapatkan kebenaran pihak berkuasa baru-baru ini.
Menerusi perkongsian pengguna @Jatlkhwan di Twitter, dimana dia memaparkan lampiran lokasi tumpuan ‘hotspot’ pendakian bagi negeri Selangor yang memerlukan permit.
Berdasarkan perkongsian tersebut, dapat dilihat bahawa had yang dibenarkan hanya 100 orang seminggu dan selain Air Terjun Sungai Pisang, destinasi melibatkan hutan perlu diminta permit.
“Rupanya yang pergi Air Terjun Sungai Pisang ramai-ramai tu tak ada permit dan Air Terjun Sungai Pisang cuma ada had daya tampung 100 orang seminggu.
“Dah, baik pergi cari air terjun lain, nanti tak dapat permit tak pasal-pasal kena tangkap atas d4kwaan cer0boh,” katanya di Twitter.
Susulan daripada perkongsian tersebut orang ramai berasa terkejut kerana baru sahaja ketahui informasi bahawa memerlukan permit untuk memasuki kawasan tersebut.
“Baru tahu yang selama ini kawasan itu memerlukan kebenaran pihak berkuasa, sebelum ini main redah sahaja,” kata @Xxnynzym.
“Tak pernah tau pun, tapi yang p3liknya ada makcik pakcik sebelum masuk itu, tiba-tiba datang kutip RM1,” ujar @Pparid.
“Kalau nak pergi mana mana hutan simpan kekal, boleh apply permit di SSO JPSM atau di jabatan perhutanan negeri masing masing anggaran bayaran permit dalam RM10 sahaja,” jelas @HaiSyahhh.
Rupanya yang pergi Air Terjun Sungai Pisang ramai-ramai tu tak ada permit. Dan Air Terjun Sungai Pisang cuma ada had daya tampung 100 orang seminggu.
Dah dah, pergi cari air terjun lain. Yang penting, minta permit, kang kena tangkap ceroboh. pic.twitter.com/SjUc3i6P68
— Ikhwan (@JatIkhwan) September 13, 2021
Difahamkan, Jabatan Perhutanan Selangor masih lagi menutup semua operasi dan aktiviti di Taman Eko Rimba, Denai dan Jalur pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 2.
Sumber: Kosmo, Twitter, Youtube
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share