Home / Berita Terkini / [VIDEO] Dek kerana Dihalau Dari Depan Kedai, Lelaki Ini Niaga Bawah Pokok Pangku Jualan

[VIDEO] Dek kerana Dihalau Dari Depan Kedai, Lelaki Ini Niaga Bawah Pokok Pangku Jualan

Kejayaan seseorang itu tidak datang bergolek, banyak liku-liku kehidupan yang perlu dihadapi.

Ramai orang melihat berniaga ini adalah sesuatu yang mudah kerana tidak perlu bekerja di bawah orang lain.

Peniaga kecil jual makan bawah pokok di Sepang

Namun, tidak semua menyedari orang yang berniaga secara kecil-kecilan ini sebenarnya mempunyai banyak cabaran yang perlu dihadapi.

Seperti perkongsian seorang warga tiktok iaitu Wawa Nemo ini yang terjumpa dengan seorang peniaga kecil di tepi jalan menjual makanan di bawah pokok di Sepang.

Abang ni berniaga bawah teduhan pokok je

“Hari ini kami dekati abang yang berniaga bawah teduhan pokok je.”

Jika dipandang, pemuda itu seperti biasa-biasa sahaja menjual. Namun apabila ditanya perjalanan hidupnya berniaga rupanya sukar untuk diterima.

Berniaga di tempat strategik namun dihalau

Katanya sebelum ini dia pernah berniaga di beberapa buah tempat yang strategik dengan kerusi dan meja yang lengkap.

Akan tetapi, dia dihalau dan tidak dapat dikesan barangan perniagaannya itu dicuri atau dibuang.

Meja kerusi hilang, tak tahu orang curi atau barang tersebut dibuang

Setelah beberapa kali dihalau dia mengambil keputusan untuk meniaga di bawah sebatang pokok berhampiran parking motor sambil memangku jualan tanpa kerusi dan meja.

“Dia kata sebelum ini dia berniaga dekat depan Shell tapi meja kerusi dia hilang tak tahu

Dia hanya menjinjing jualannya, bila lenguh letak dekat peha

“Lepas tu dia berniaga dekat depan kfc tapi kena halau dan dia ambil keputusan untuk berniaga di bawah pokok dekat tepi parking motor.”

“Apa yang menyentuh hati, dia menjual sambil jinjing jualan dia tu tapi bila lenguh tangan dia letak dekat peha sekejap ambil jinkgit kaki.”

@kakwaaaaa

Lokasi : Parking motor KIPMALL Kota Warisan Sepang 🥺 #fypシ #istiqomah #hijrah #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #alhamdulillah

♬ bunyi asal – @aedyfb83 – @aedyfb83

Boleh nampak kaki dia terketar menahan berat jualannya

Menurut video yang dikongsikan, dapat dilihat pemuda itu meletakkan barangan dagangan di atas peha sahaja sambil memegang jualannya, pasti lenguh dan penat buatnya namun dia tetap berusaha mencari rezeki yang halal.

“boleh nampak kaki dia terketar-ketar”

Mulutnya tidak berhenti ucap terima kasih

Oleh kerana bersimpati dengan nasib pemuda ini, Wawa dan suaminya mengambil keputusan untuk membeli sebuah meja kecil untuk pemuda itu agar lebih mudah untuk dia berniaga dan tidak perlu memangku jualannya lagi.

“Jadi kami decide untuk belikan dia sebuah meja kecil supaya tidak lenguh dan boleh letak jualan di atas meja itu. Mulutnya tidak berhenti mengucapkan terima kasih.”

Dia sampai bangun dan lambai pada kami

Tambah Wawa lagi, pemuda itu tidak berhenti mengucapkan terima kasih dan selepas mereka bergerak pulang pemuda tersebut berdiri di tepi lebuh raya sambil melambai kepada mereka.

“Dia bangun berdiri dan lambai lgi kepada kami”

Semoga ramai yang membantu pemuda ini

Menurutnya, pemuda itu menjual brownies yang pelbagai perisa dengan harga RM20 sahaja.

Wawa juga turut mengajak orang ramai untuk membantu pemuda ini dan mendoakan agar dia dilimpahkan rezeki berganda.

Netizen tersentuh dengan kisah pemuda tersebut

Dengan perkongsian Wawa di aplikasi TikTok ini, ramai netizen yang tersentuh dengan kisah pemuda tersebut.

Rata-rata netizen turut mendoakan supaya mereka berdua dimurahkan rezeki atas jasa yang diberikan, iaitu sumbangan sebuah meja kecil untuk si abang peniaga yang berhati besar.

Artikel asal YoY dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *