Home / Masakan / Resepi Tomyam Kaw Ala Thai

Resepi Tomyam Kaw Ala Thai

Tak tau nak masak apa hari ni? Boleh la masak tomyam ala thai pekat ni ya. Menu berbuka puasa saya semalam.đŸ˜‹

 

RESEPI TOMYAM KAW ALA THAI – SEDAP MACAM KAT KEDAI GITEW

 

Bahan2 nya ya tuan puan

 

  1. Ayam potong kecil dalam 7,8 ketul (dibasuh bersih,tos)
  2. Daun limau purut 8-10 helai (dikoyak koyak)
  3. Lengkuas 2-3 cm (diketuk)
  4. Bawang besar 1 biji (dihiris)
  5. Bawang merah 1 biji (dihiris – taknak masukkan pun xpe)
  6. Bawang putih 4 biji (diketuk)
  7. Perencah tomyam 4-5 sudu (kalau kuah sikit 4 sudu dah cukup)
  8. Daun ketumbar sesuka hatimu banyak mana (dihiris halus)
  9. Akar ketumbar 2 ketui (dibasuh bersih2)
  10. Batang saderi 1 ketui (dipotong pendek2)
  11. Tomato 2 biji (dipotong dua)
  12. Bunga kobis sesuka hatimu banyak mana (csue hantu bunga kobis)
  13. Cili 4 biji (terpulang nak ketuk atau hiris)
  14. Limau kasturi 1 biji (diperah last dalam periuk – buang biji)
  15. Serai 2 ketul (diketuk)
  16. Susu cair 4-5 sudu (untuk kasi tomyam lemak2 gitew)
  17. Garam dan ajinomoto secukup rasa

 

Cara caranya ya yang ariff

 

  1. Masukkan sedikit minyak. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan ayam yang ditos, kacau2 sekejap dan masukkan air dalam 2 mangkuk. Kemudian masukkan akar ketumbar, kacau.
  3. Masukkan lengkuas, serai, batang saderi, pes tomyam dan kacau2 sampai sebati. Biarkan mendidih.
  4. Dah mendidih masukkan sayur2 yang anda suka, bunga kobis, tomato, perahan limau kasturi, dan cili. Biarkan sekejap.
  5. Last sekali masukkan susu cair, garam secukup rasa, ajinomoto jika suka. Kacau2 sampai mendidih dan nak masak, letakkan daun ketumbar. Kacau2 sekejap dan tutup api. Siap!
  6. Boleh dihidang dan dimakan panas2. Memang kaw dan sedap seperti makan kat kedai tau.

Selamat mencuba,

Kredit Hasmunierni Mohamad.

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *