Home / Masakan / Menu Gulai Ikan Tenggiri

Menu Gulai Ikan Tenggiri

Hari ni sis nak kongsikan Menu Gulai Ikan Tenggiri, merah nyala mmg Tergoda… memang sedap ni..

Sapa je yang suka? Silakan share ya & selamat mencuba!

 

Resepi

Gulai Ikan Tenggiri

Bahan

6 keping ikan tenggiri

Bahan hiris

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 ruas jari halia.

Bahan tumis

Daun kari

1 sdb halba campur.

Tumis dulu bahan hiris masukkan juga daun kari biar garing tapi tidak hangit,baru masukkan halba campur,perlahankan api supaya halba tak meletup-letup, kemudian baru masukkan bahan2 kisar

 

Bahan kisar dgn 1 cawan air

2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

2 ruas jari halia

1 ruas jari lengkuas

1 batang serai.

 

Cara

Masak smpi wangi n air sedikit menyusut, masukkan pula

2 sdb cili kering kisar, masak lagi 15 minit,tambah sedikit air jika kering kemudian masukkan

6 sdb serbuk kari Babas yg pedas yg dicampur dgn sedikit air dulu jadikan pes.

Masak sehingga setengah jam lamanya atau sehingga rempah masak elok,lagi lama lagi elok karinya. ‘ai mmg masak kari agak lama dgn menggunakan api perlahan. Masak biar smpi pecah minyak

Tambah sedikit air supaya tak hangit.

Masukkan air asam jawa sebanyak segenggam asam,

Tambah air utk lebih berkuah,masak lagi sehingga mendidih,

Tambah 1/2 -1 kotak kecil santan kotak

Garam/serbuk secukup rasa megi.

Masuk bendi,

Masuk ikan,

Biar ikan masak

Tambah tomato n cili hijau di akhir masak supaya tomato tak lembik. ‘Terung bulat ditambah jika suka.

 

Selamat Menjamu Selera!

Kredit: Mak cik ratu via MAHN

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *