Home / Masakan / Cara Masak Tomyam Putih Sedap

Cara Masak Tomyam Putih Sedap

Arini kite masak simple.. Tomyam Putih Campak campak cara saya ye…

Resepi TOMYAM PUTIH

Bahan² :

Ayam (potong kecil)/udang/sotong (ikut selera masing)

1 biji bwg besar (hiris)

2 ulas bwg putih (ketuk)

3 btg serai (ketuk)

3 inci lengkuas

6 Cili padi (ketuk) ~klau nk pedas lebihkan lagi

1 Kiub Ayam Megi

Garam

Gula

Serbuk perasa

2 biji tomato

Lobak merah

Kubis bunga

6 helai daun limau purut

2 biji limau nipis (ambil jus)

Daun ketumbar/daun sup (ikut pilihan masing²)

Air

Cara cara:

Masukkan air, masukkan bawang besar yang dihiris, bawag putih,serai, lengkuas sekaligus, rebus sehingga mendidih, kemudian masukkan ayam, biarkan lagi ia mendidih sehingga ayam tu masak, masukkan cili padi, kiub ayam,daun limau purut, kacau seketika,..dah menggelegak, masukkan lobak merah, kubis bunga dan tomato, masukkan sedikit garam,gula dan sedikit serbuk perasa..kacau dan biarkan sekejap,jgn lama lama sangat nanti layu pulak sayur tu..last skali…masukkan jus limau nipis dan ttupkan api.. taburkan dgn daun sup atau daun ketumbar..sedia utk dihidangkan

Siap !

Selamat Mencuba

 

#bismillah

#syukuralhamdulillah

 

Kredit Resepi : ‎Cahaya Petunju

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *