Home / Masakan / RESEPI IKAN TERUBUK MASIN MASAK SAMBAL CILI API

RESEPI IKAN TERUBUK MASIN MASAK SAMBAL CILI API

RESEPI IKAN TERUBUK MASIN MASAK SAMBAL CILI API

 

Bahan-Bahan:

Ikan masin-( terubuk,talang,duri dan yg sewaktu dgnnya)

Air asam jawa/ asam keping

Bawang besar – dihiris

Cili besar merah – dihiris

Tomato- dibelah 4

Gula dan serbuk perasa

 

Bahan ditumbuk kasar

Bawang besar

Bawang merah

Bawang putih

Sedikit belacan

Cili besar merah

Cili padi merah/ hijau

 

Cara menyediakan :

-Ikan terubuk masin dipotong mengikut saiz yang kita nak.. pastu rendam setengah jam…

-Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak… Ketepikan..

– Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan yang di tumbuk kasar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.

-Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata.

– Masukkan gula dan serbuk perasa secukup rasa.. saya tak letak garam sebab ikan terubuk tu dah masin…

– Masukkan bawang besar yg dihiris, cili besar merah dan tomato, masak sehingga layu sedikit…Akhir sekali masukkan ikan terubuk goreng tadi.. Gaul sehingga rata…

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas…

 

Note: *Ikan masin direndam dalam 30 minit – ikut suka kemasinan. Kalau mau kurang masin kena rendam lama sedikit.

 

Kredit Resepi : juma natull via mahn

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *