Home / Berita Terkini / Masuk Malaysia guna pas pelancong, sewa hotel bajet untuk beberapa bulan sebelum rancang jenayah samun

Masuk Malaysia guna pas pelancong, sewa hotel bajet untuk beberapa bulan sebelum rancang jenayah samun

Masuk Malaysia guna pas pelancong, sewa hotel bajet untuk beberapa bulan sebelum rancang jenayah samun, rompak dan pecah rumah.

Itu modus operandi yang dilakukan kumpulan penjenayah dari negara Amerika Latin bagi memastikan kegiatan mereka tidak dihidu pihak berkuasa Malaysia.

Difahamkan, sebaik tiba di negara ini, mereka akan menjadikan hotel bajet sebagai kediaman sementara memandangkan kos penginapan di premis itu jauh lebih murah.

Secara purata, kos penginapan hotel bajet yang didiami kumpulan penjenayah itu adalah RM100 sehari dan mereka biasanya akan membayar penuh sebanyak RM3,000 untuk tempoh sebulan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan ketika mendedahkan perkara itu berkata, kumpulan tersebut akan menyewa hotel bajet dalam tempoh yang agak lama.

“Mereka akan membuat bayaran sewa hotel secara bulanan dan tidak akan menyewa mana-mana kediaman sama ada kondominium, apartmen atau rumah teres,” katanya kepada Kos­mo! baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, taktik yang digunakan oleh kumpulan itu berada dalam radar dan pen­getahuan polis sejak mereka menjejakkan kaki ke negara ini.

“Kebanyakan penjenayah itu memasuki negara ini mengikut saluran undang-undang yang betul dan pintu masuk yang di­iktiraf oleh kerajaan.

“Mereka masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong. Sebelum masuk, mereka terlebih dahulu sudah membuat ikrar berkenaan tujuan mereka ke sini.

“Jadi, kita ada rekod dan tahu apa mereka buat di sini sama ada bekerja, menjalankan perniagaan atau belajar. Ia memudahkan kita untuk kesan kedudukan dan juga kegiatan yang mereka lakukan.

“Melainkan sekiranya mereka masuk ke negara ini melalui lorong-lorong tikus, itu memang susah kita nak kesan,” ujarnya.

Jelas beliau, kemasukan mereka ke negara ini juga dikesan dilakukan secara berkumpulan dan saling mengenali antara satu sama lain.

“Berdasarkan rekod kita, mereka ini merupakan golongan dewasa yang berumur lingku­ngan 40 hingga 60 tahun.Melancong untuk merompak

“Selain melakukan kegiatan samun, penjenayah negara itu juga banyak terbabit dalam kes pecah rumah.

“Ketika melakukan kerja-kerja jenayah, mereka akan melakukannya secara berkumpulan dan turut menggunakan senjata tajam seperti parang dan pisau bagi mendatangkan ketakutan kepada mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Jalil memberitahu, berdasarkan rekod-rekod semasa, jenayah melibatkan warganegara tersebut dilihat masih terpencil dan tidak begitu membimbangkan.

“Apa yang boleh saya katakan, kes melibatkan golongan terbabit tidak banyak. Begitu, kita sentiasa pantau bagi mengelak sebarang kejadian,” tegasnya.

Justeru kata Abdul Jalil, masyarakat tidak perlu khuatir kerana polis sentiasa memantau kemasukan warga Amerika Latin termasuk kegiatan yang dilakukan mereka.

“Kita tahu di mana mereka tinggal dan juga lokasi mereka bekerja. Bahkan gerak-geri dan aktiviti mereka memang kita tahu. Jika mereka melakukan jenayah, ia memudahkan kita untuk ikut mereka sampai tertangkap seperti mana kes rompakan di sebuah bank di Cheras baru-baru ini,” katanya.

Sumber K! ONLINE dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *