Home / Berita Terkini / [VIDEO] Samun kedai Emas, Polis Giat buru 3 Lelaki

[VIDEO] Samun kedai Emas, Polis Giat buru 3 Lelaki

Tiga lelaki dipercayai warga tempatan kini diburu polis berhubung kejadian samun sebuah kedai emas di Simpang Tiga, Batu 6 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang kejadian oleh orang awam yang berada di lokasi kira-kira pukul 6.15 petang.

“Siasatan awal mendapati, sewaktu pemilik kedai yang merupakan seorang wanita berusia 46 tahun sedang berada di premis tersebut bersama ibu, anak dan adik iparnya, telah didatangi tiga lelaki dipercayai warga tempatan.

“Dua suspek masuk ke bahagian rak pameran sebelum mengambil pelbagai jenis barangan kemas, manakala seorang lagi suspek menunggu di pintu masuk utama sambil memegang sebilah parang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zainal Mohamed, salah seorang suspek turut bertindak menumbuk muka mangsa sehingga wanita itu mengalami kesakitan sebelum mereka membawa lari pelbagai jenis barang kemas yang dianggarkan bernilai RM200,000.

“Ketiga-tiga suspek yang memakai topi keledar berwarna hitam, merah dan biru dengan bervisor gelap seterusnya melarikan diri dengan menggunakan dua buah motosikal jenis Yamaha Y15. Usaha mengesan kesemua suspek kini sedang giat dilakukan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebat,” tegas beliau.

Tambah Zainal Mohamed, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta untuk tampil membantu polis dengan menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Agila Iswaran di talian 03-61262222/ 019-5230801.

Terdahulu, satu video rakaman CCTV tular di laman sosial media memaparkan tiga lelaki bertopi keledar menyerbu masuk ke sebuah kedai emas dengan salah seorang daripada mereka bersenjatakan sebilah parang.

Sumber K! ONLINE dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *