Home / Berita Terkini / [VIDEO] Pergi bersama isteri tercinta selepas 4 hari ditinggalkan

[VIDEO] Pergi bersama isteri tercinta selepas 4 hari ditinggalkan

“Al-Fatihah kepada pak saudara, baru kehilangan isteri, sekarang (pak) pula yang pergi”.

Itulah perkongsian seorang wanita dipercayai anak saudara kepada lelaki yang pernah tular kerana menangis atas pemergian isteri tercinta baru-baru ini.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 10 saat yang dikongsikan oleh @dayahzulrimi di aplikasi TikTok, wanita itu berkongsi detik-detik bahagia dia bersama lelaki itu.

Menerusi akaun @dayahzulrimi, wanita itu pernah berkongsi sebuah video bapa saudaranya itu hampir rebah apabila tidak dapat menanggung kesedihan atas pemergian isteri yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Selain itu, @dayahzulrimi turut berkongsi perbualan WhatsApp ahli keluarga yang memberikan kata-kata semangat kepada anak sulung Allahyarham yang secara tiba-tiba kehilangan kedua-dua ibu bapa dalam waktu terdekat.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna sosial media telah meninggalkan komen dengan mengakui berasa terkejut mendengar khabar sedih berkenaan.

“Baru kehilangan isteri tercinta, sedih sangat tengok arwah macam tak nak lepaskan isterinya,” kata @AnieyHermosa.

“Mereka mesti gembira dapat berjumpa di alam sana, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman,” ujar @QasehSofeaa.

“Subhanallah setia hujung nyawa, baru sahaja lepas tengok video isteri arwah,” jelas @FarizAhadi.

Sumber artikel K! ONLINE

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *