Home / Berita Terkini / [Video] Penunggang basikal cedera dilanggar lari kereta merah | Polis sita kereta

[Video] Penunggang basikal cedera dilanggar lari kereta merah | Polis sita kereta

KL: Polis merakam keterangan seorang lelaki dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes kemalangan jalan raya melibatkan penunggang basikal yang dilanggar lari oleh sebuah kereta di Jalan Kinabalu di sini, pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya telah menghubungi pemandu kereta berusia 22 tahun itu.

“Dia telah hadir ke Balai Trafik Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang, kemudian dibebaskan selepas keterangan diambil.

“Keretanya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sarifudin berkata, siasatan awal terhadap video tular yang berdurasi satu minit itu mendapati penunggang basikal tersebut dari arah Cheras menghala ke Jalan Kuching pada jam 7.15 pagi.

“Sampai di tempat kejadian, penunggang basikal dilanggar oleh sebuah kereta berwarna merah dari arah belakang dan kenderaan tersebut meneruskan perjalanan tanpa berhenti di tempat kejadian.

“Mangsa berusia 33 tahun yang bertugas sebagai kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengalami cedera ringan dan telah membuat laporan polis,” katanya.

Sarifudin berkata, kes diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN 166/59.

Berikutan kejadian itu, katanya, dia mengalami luka pada pinggul kiri, koyak di bahagian siku kiri, cedera di lutut kiri dan betis kanan.

“Saya sudah jalani pemeriksaan termasuk melakukan X-ray, tetapi tiada kecederaan serius, bagaimanapun basikal saya hancur (rosak), dah tak boleh pakai,” katanya yang membuat laporan kejadian di Balai Polis Trafik Jalan Bandar, di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat berkaitan kereta yang melanggar mangsa.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan.

“Apa pun, tiada papan tanda yang melarang penggunaan basikal di jalan berkenaan. Cumanya mungkin agak kurang sesuai (untuk mengayuh basikal) kerana kenderaan agak banyak,” katanya.

Terdahulu, kejadian berkenaan tular di media sosial termasuk dua klip video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah kenderaan berwarna merah melanggar mangsa yang sedang menunggang basikal.

“Oang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber Awani,  berita Harian dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *