Home / National / [Video] Masjid Quba’ adalah Yang Pertama Dibina Oleh Rasulullah S.A.W Ketika Berhijrah Dari Makkah Ke Madinah

[Video] Masjid Quba’ adalah Yang Pertama Dibina Oleh Rasulullah S.A.W Ketika Berhijrah Dari Makkah Ke Madinah

Masjid Pertama Yang Dibina Oleh Rasulullah S.A.W Ketika Berhijrah Dari Makkah Ke Madinah

Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah.

Dalam Al Qur’an disebutkan bahawa masjid Quba adalah masjid yang dibangun atas dasar takwa. “Sesungguhnya masjid itu yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu (Hai Muhammad) bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri…….(At Taubah, 108)

Masjid Quba’ dibina pada tahun 1 Hijrah atau 622 Masihi. Ia terletak di sebelah tenggara kota Madinah dan hanya kira-kira lima kilometer dari Masjid Nabawi. Ia juga menjadi lokasi pertama dalam setiap ziarah luar di kalangan jemaah haji dan umrah. Bagi mereka yang mahu merebut ganjaran sekali umrah tidak melepaskan peluang keemasan untuk berkunjung ke Masjid Quba’ saban hari.

Di Madinah, tempat ziarah yang sering dikunjungi dan termasuk di dalam itinerari adalah Masjid Quba’, Jabal Uhud dan makam syuhada’ Uhud serta ladang tamar. Selalunya, jemaah dinasihatkan agar berwuduk di hotel penginapan dan berusaha mengekalkannya sehingga tiba di Masjid Quba’ dan bersolat sunat dua rakaat.

Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah”. (Musnad Ahmad: 15981).

Ia menjelaskan bukan bermakna kewajiban ibadah umrahnya telah tertunaikan jika seseorang menjalankan solat di Masjid Quba. Siapa yang solat di Masjid Quba maka dia mendapatkan pahala setara dengan pahala Mengerjakan umrah. Siapalah yang tidak teruja dengan Kelebihan ini?.

MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM

Antara tempat penting yang perlu diziarahi ketika berada di Madinah adalah mengunjungi Masjid Quba. Masjid ini memiliki sejarah yang penting di dalam Islam. Ia merupakan masjid pertama yang dibina di dalam Islam pasca hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Ketika Nabi dan para sahabat berhijrah sebelum sampai ke Madinah mereka telah singgah di sebuah perkampungan yang bernama Quba maka di situlah terbinanya Masjid Quba iaitu masjid pertama yang di bina di dalam Islam. Pembinaan ini merupakan suatu titik penting terhadap kepentingan pembinaan masjid dalam membina sebuah negara dan masyarakat yang bersatu padu, hingga projek itu dijalankan tanpa memerlukan masa untuk menyimpan dana atau mesyuarat yang berjela-jela. Masjid Quba diabadikan pembinaannya dalam al-Quran sebagai masjid pertama yang didirikan atas asas ketakwaan pada Allah SWT seperti mana yang ditegaskan Allah SWT dalam firmanNya.

لَا تَقُمۡ فِيهِ أَبَدٗاۚ لَّمَسۡجِدٌ أُسِّسَ عَلَى ٱلتَّقۡوَىٰ مِنۡ أَوَّلِ يَوۡمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِۚ فِيهِ رِجَالٞ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْۚ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُطَّهِّرِينَ ١٠٨

Maksudnya:
Janganlah kamu salat dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu salat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih.”

“صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِ قُباء كعُمرة”.

Rasulullah SAW bersabda: ‘Melakukan salat di dalam masjid Quba sama pahalanya dengan melakukan umrah’ ( Riawayat Tirmizi )

SEJARAH RINGKAS PEMBINAAN MASJID QUBA

Awal cerita ketika itu nabi Muhammad S.A.W sedang melakukan perjalanan pergi berhijrah ke kota Yastrib atau sekarang ini lebih di kenal dengan sebutan kota madinah. Ketika tepat pada hari Isnin tanggal 8 Rabiulawal tahun 1 hijrah Nabi tepat berada di kampung Quba, sekitar 10 km dari dari kota Madinah. Disaat itu Ammar RA mengusulkan untuk membangunkan sebuah tempat yang berguna untuk tempat beristirehat pada waktu siang untuk Nabi dan ia juga berguna untuk tempat solat Nabi dan sahabatNya.Dan pada saat itu pula usul dari Ammar RA di setujui oleh Nabi dan para sahabat. Khalifah Abu Bakar dan Ammar RA mula mengumpulkan batu-batu yang diletakkan satu persatu yang ditumpuk satu batu dengan satu batu lainnya untuk membuat masjid. Dengan kesabaran dan hati yang ikhlas akhirnya selama 4 hari berada di kampung Quba, untuk membuat tempat tersebut pun telah terjadi dan tempat itu adalah Masjid Quba. Masjid pertama kali yang dibangun oeh Nabi Muhammad SAW. bahkan Nabi sendiri yang telah menaruh batu kiblat pada masjid tersebut.

Setelah Nabi dan para sahabat selesai mebangunkan masjid Quba ini (Quba pada masa dahulu belum dimasukkan dalam persempadanan Kota Madinah lagi). mereka melanjutkan perjalanan kembali ke kota Madinah, tepat pada hari jumat tanggal 12 Rabiulawal tahun 1 hijrah. Nabi tiba di kota madinah. Para penduduk madinah sangat suka dengan kedatangan Nabi. Mereka beramai-ramai menyambut Nabi dengan suka cita, penuh kerinduan dan juga penuh rasa hormat untuk Nabi. Dan tepat pada hari itulah Nabi Muhammad SAW mendirikan solat jumaat untuk pertama kalinya dalam sejarah islam dan juga untuk pertama kalinya Nabi mengkhutbah jumaat pada hari tersebut. Dan semenjak itulah kota yastrib berubah menjadi “madinatun Nabi” yang bererti kota nabi. Atau lebih di kenali dengan kota Madinah.
Itulah sejarah masjid Quba yang boleh anda tahu. Melalui dari sejarah ini juga, masjid Quba menjadi masjid istimewa di mata umat muslim yang melihatnya. Bukan kerana kemewahan serta kemegahan melainkan sejarah awal mula terbuatnya masjid ini yang sangat menyentuh hati.

Sumber islampos dan blog https://www.masjidtamansutera.com/ republika.id

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

[Video] ‘Hero yang tidak didendang’ cuci longkang tersumbat tengah lebuh raya

PETALING JAYA – Sanggup mengotorkan badan dan merisikokan diri demi orang lain. Itu pengorbanan dua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *