Home / Berita Terkini / SOP sukan, riadah dan rekreasi Fasa 1 PPN dilonggarkan mulai Jumaat

SOP sukan, riadah dan rekreasi Fasa 1 PPN dilonggarkan mulai Jumaat

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi, untuk negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1 bermula Jumaat ini.

Perdana Menteri berkata, antara ketetapan yang diputuskan adalah membenarkan aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium kepada individu yang lengkap dua dos vaksin.

Bagi Fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor), Perdana Menteri berkata, ia dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang lengkap divaksin, manakala penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP.

Jelas Perdana Menteri, bagi sektor perdagangan dan pengedaran; perniagaan kedai bunga/nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan akan mula dibenarkan beroperasi mulai tarikh sama bagi negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1.

“Sementara itu bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa 2 dan Fasa 3, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser, dan salon kecantikan dibenarkan. Keterangan prosedur operasi standard (SOP) terkini akan dikemas kini oleh MKN dan kementerian berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini. –

Sumber UTUSAN ONLINE, berita harian dan media Sosial

Nusantara Morning Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *