Home / Berita Terkini / Penumpang ‘Kantoi’ bawa 1,000 lipan hidup dalam feri | MAQIS

Penumpang ‘Kantoi’ bawa 1,000 lipan hidup dalam feri | MAQIS

JB – Cobaan serang penumpang feri warga Indonesia sembunyikan 1,000 ekor lipan hidup dalam bungkusan tak berjaya apabila dikesan awal semasa pemeriksaan di Terminal Feri Stulang Laut di sini pada Isnin.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pe.meriksaan Malaysia (Maqis) dalam satu kenyataan memberitahu, hasil pemeriksaan rutin dijalankan Pegawai Penguat Kuasa Maqis me.nemukan lipan hi.dup itu pada jam 1 pe.tang.

“Kesemua lipan hi.dup yang cuba di.bawa masuk itu dianggarkan bernilai RM1,750. Menurut lelaki war.ga Indonesia berusia 30-an itu, dia yang merupakan penumpang feri dari Batam, Indonesia mendakwa lipan itu dibawa masuk untuk dijadikan ma.kanan untuk ikan.

“Kes akan disiasat di ba.wah Seksyen 11 (1) Akta Per.khidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport tanpa permit, le.sen atau perakuan yang dike.luarkan di bawah akta ini,” menurut satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, jika sa.bit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan kedua atau berikutnya di.denda tidak melebihi RM150,000 atau dipen.jarakan ti.dak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak Maqis me.nasihati se.mua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang te.lah ditetapkan oleh kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia,” tambah kenyataan itu.

Artikel asal dari sinar harian dan Media Sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *