Home / Isu Semasa / Malaysia Tangga ke 2 Jenayah Cyber Buli

Malaysia Tangga ke 2 Jenayah Cyber Buli

Masalah buli cyber ni sebenarnya sudah lama berlaku di malaysia terutama dari kalangan pengguna internet di seluruh dunia.

Mangsanya pula bukan hanya pada golongan dewasa sahaja, bahkan kini boleh dilihat berlaku terhadap kanak-kanak yang masih kecil. Menjadi bahan ejeken di media, diviralkan dan dikongsikan secara meluas dengan rasa bangga bila dapat sambutan dari orang ramai

Hal ini kian meruncing apabila kemudahan akses internet sudah sedia ada pada setiap pengguna

Menerusi hasil dapatan tinjauan yang terkini , Malaysia sudah berada di kedudukan yang keenam daripada 28 negara lain dalam masalah buli siber di peringkat global pada tahun 2018.

Negara yang mempunyai laporan tertinggi daripada ibu bapa berkaitan isu buli siber adalah di India dengan jumlah laporan sebanyak 37% sementara Malaysia dilaporkan mempunyai sebanyak 23%.

Dalam, peringkat Asia pula, Malaysia berada di tangga kedua dalam isu buli siber di kalangan remaja.

Lanjutan daripada tinjauan tersebut, lebih daripada 60% di kalangan ibu bapa mengadu anak-anak mereka berusia sekitar 14 tahun hingga 18 tahun telah dibuli secara maya terutamanya menerusi laman media sosial.

Dalam menangani isu kritikal ini, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia sudahpun membentangkan rang undang-undang berkaitan buli siber kepada Kabinet.

Salah satu bentuk buli siber yang boleh didakwa di bawah Akta Kementerian Kesihatan adalah dengan menghina atau mengutuk rupa tubuh badan seseorang.

Masalah buli siber ini perlu dibendung kerana ianya boleh memberikan trauma yang teruk serta menjadikan mangsa tidak berkeyakinan lagi untuk menghadapi dunia luar.

Sebagai individu yang bermoral, kita perlu mempunyai rasa empati kepada orang lain serta mencegah seseorang daripada berbuat sedemikian.

Selain daripada itu, tinjauan Kapersky menunjukkan pelajar di negara-negara Asia kurang selesa belajar secara dalam talian.

Advertisement

About admin

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *